trending_flat

Jentera PEDI, MPP dan Ahli Parlimen akan digerakkan bantu pendaftaran PADU

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2024 - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa jentera Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Menurut laporan Bernama, Fahmi turut berkata bahawa Ahli Parlimen juga boleh menggerakkan jentera mereka dalam menggalakkan lagi proses pendaftaran PADU bagi mencapai sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar PADU menjelang 31 Mac depan. “Kita ada mekanisme contohnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita ada MPP dan tempat lain juga ada struktur sama. Jadi selain PEDi, jentera-jentera ini boleh dikerahkan untuk bantu komuniti,” katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini. Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kenyataan seorang aktivis politik yang berharap bahawa PADU tidak dijadikan bahan kempen ketika […]

trending_flat

KJTS raih RM58.9 juta dari IPO pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2024 – KJTS Group Berhad (“KJTS” atau “Syarikat”) dan anak syarikatnya (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan KJTS”), penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Syarikat bagi prospektus tawaran awam permulaan (“IPO”) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). IPO itu disasarkan untuk mengumpul RM58.9 juta melalui terbitan 218.03 juta saham baharu pada harga runcit RM0.27 sesaham. Hasil daripada IPO akan diperuntukkan seperti berikut: RM44.9 juta untuk pengembangan perniagaan, termasuk RM40.4 juta khusus untuk pengembangan Segmen Tenaga Penyejukan dan RM4.5 juta untuk pembesaran pejabat di Malaysia, Thailand dan Singapura. RM8.1 juta untuk modal kerja. RM5.8 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian. Pengarah Eksekutif KJTS Group Berhad, Sheldon Wee Tah Poh menyatakan, “Saya bangga menjadi sebahagian daripada detik penting ini dengan pelancaran prospektus kami. Langkah ini menandakan […]

trending_flat

Peruntukan bernilai RM10.6 juta bagi kerja pembaikan akibat banjir di Kelantan

KELANTAN, 6 Januari 2024 - Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat bencana banjir. Kata Alexander menerusi satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau, hasil penilaian kerosakan di seluruh negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan lebih RM50 juta diperlukan bagi membaik pulih jalan runtuh dan rosak di beberapa negeri terjejas banjir. "Dalam tinjaun kerja hari pertama di Kelantan hari ini, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat banjir yang berlaku pada kali ini. Negeri Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi akibat banjir." kata Alexander. Tambahnya, KKR bersama pasukan JKR sedang berusaha keras bagi memastikan semua jalan yang rosak dapat diperbaiki sebelum musim perayaan Aidilfitri. Dalam pada itu, Alexander turut meninjau kemajuan […]

trending_flat

Menteri MOTAC nafi hidang arak dan khinzir di pejabat

Susulan dari mesej Whatsapp tular yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing hidang minuman keras dan makan daging khinzir di pejabatnya dan pekerja beragama Islam terpaksa membersihkannya, Ahli PArlimen Bintulu itu tampil hari ini menafikan perkara tersebut. Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau sebenarnya tidak ada masa untuk melayan fitnah tersebut. Namun, disebabkan ia tular, maka beliau perlu menjawabnya supaya orang ramai tidak terpedaya. Kata Tiong, kandungan mesej tersebut bukan sahaja palsu, tetapi juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang secara jelas bertujuan mencetuskan kebencian. Malah, ia turut mencemarkan imej pentadbiran negara. Mengulas lanjut, Tiong berkata beliau pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. "Saya juga pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. Sama ada makanan yang dibawa sendiri atau makanan yang dijamu ketika […]

trending_flat

Kapal dagang ditahan kerana bersauh secara haram

BATU PAHAT, 6 Januari 2024 - Sebuah kapal dagang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat kerana bersauh secara haram di perairan Batu Pahat malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, kapal dagang yang berdaftar dari Majuro itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 9.30 malam di kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika pemeriksaan. Kapal terbabit dikendalikan oleh 19 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Ukraine dan Filipina yang berumur diantara 27 hingga 53 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah. Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan metrik yang dalam perjalanan dari negara China menuju ke Turkiye. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation