Isu penipuan Umrah : KPDN buka 88 kertas siasatan
TENOM, 7 Januari 2024 - Berhubung isu penipuan umrah, Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah bertindak segera membuka 88 kertas siasatan. Kata Armizan, sebahagian siasatan telah lengkap dan setakat ini sebuat syarikat yang berpengkalan di Putrajaya telah menerima notis untuk pendakwaan yang akan berlangsung pada hari Selasa depan, 9 Januari 2024. Pendakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999. "Dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa KPDN adalah terkait kepada aspek kepenggunaan, sementara aspek perlesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah dibawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain. Pada masa yang sama, mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan seperti MOTAC (berkaitan perlesenan), […]