trending_flat

Jumlah mangsa banjir bertambah

8 Januari 2024 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 8,578 dalam tempoh 24 jam (berbanding 465 mangsa pada 7 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,376 keluarga yang ditempatkan di 78 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka bertambah berbanding 11 PPS pada 7 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (3,796 mangsa), Johor Bahru (1,837 mangsa) dan Kluang (1,635 mangsa)." kata laporan itu. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga 9 Januari 2024 serta diSarawak sehingga 12 Januari 2024. "Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit." kata NADMA.

trending_flat

“NIYAT”: Seni dan Sukan

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara menganjurkan Pameran Hanya Satu: ‘NIYAT’, bermula 25 Disember 2023 oleh Dhan Illiani, seorang pengkarya muda aktif dari kolektif seni tempatan KolmeGlu yang semakin mekar dalam industri seni negara. ‘NIYAT’ merupakan pameran yang ke-6 dalam Pameran Hanya Satu atau Single. Pameran Hanya Satu merupakan ruangan berkarya dan pelantar provokasi idea sekaligus turut memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pelukis kontemporari muda. ‘NIYAT’ adalah frasa daripada 'Niat' dalam Bahasa Melayu dan 'Niyyah' dalam Bahasa Arab, di mana kedua-duanya mempunyai persamaan makna tersurat dan tersirat. Perkataan ini juga merupakan nama timangan pengkarya Dhan Illiani. Pengkarya menyelami respons masyarakat, memaparkan dilema dan etika yang membimbing ramai, mencipta naratif visual yang berlainan bagi setiap pengunjung. Seniman ini bukan hanya seorang seniman multidisiplin, malah merupakan seorang pemain hoki ais kebangsaan yang sedang bersiap sedia untuk ke Sukan SEA pada tahun 2025. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation