trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang

9 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan penurunan jumlah mangsa kepada 8,462 dalam tempoh 24 jam (berbanding 8,578 mangsa pada 8 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,373 keluarga yang ditempatkan di 74 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurangan berbanding 78 PPS pada 8 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (4,676 mangsa), Kluang (1,591 mangsa) dan Johor Bahru (847 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sabah dan Sarawak sehingga 12 Januari2024 serta di Sarawak sehingga 12 Januari 2024.

trending_flat

Kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) sedang dijalankan

LOJING, KELANTAN – Satu kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sedang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan hari ini, produk yang dibangunkan oleh PRSB menggunakan spesifikasi SMA dengan bitumen terubah suai gred PG76 ini, mula diturap setebal 50mm pada 10 Januari 2023 sepanjang 200 meter di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai - Blue Valley, Kelantan. Kata kanyataan itu, lokasi itu dipilih bagi membuktikan produk mempunyai daya tahan yang tinggi memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan berbukit dan berkenderaan berat. Pemantauan prestasi turapan produk itu bakal berakhir pada 9 Januari 2024. "Bagi mengetahui prestasi produk ini di tapak kajian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri […]

trending_flat

PADU: Lebih banyak persoalan dari jawapan

Oleh: Dr. Sheila Ramalingam Pelancaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) mendapat banyak perhatian di berita tempatan baru-baru ini. Rakyat digalakkan untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di dalam sistem PADU. Walau bagaimanapun, sistem PADU tidak mempunyai sebarang maklumat peribadi; sebaliknya, maklumat peribadi dikehendaki dimasukkan satu persatu ke dalam sistem PADU. Ini bermaksud, tanggungjawab rakyat bukanlah setakat menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi masing-masing, tetapi melibatkan kerja memasuki data ke dalam sistem. Dr. Sheila Ramalingam Ini bukanlah perkara baru yang dihadapi dengan sistem Kerajaan, termasuklah PADU. Rakyat dibebankan dengan kerja memasukkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan (yang boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara), serta maklumat kewangan seperti komitmen, pendapatan, dan faedah dari simpanan dan dividen (yang kesemuanya boleh diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri). Tetapi mungkin ia adalah lebih baik dan selamat untuk mendapatkan maklumat sensitif sebegini […]

PADU : Dakwaan Dr. Cher tidak tepat – Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada hari ini menjelaskan bahawa dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, Dr. Cher Han Lau yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah tidak benar. Kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini, setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dr. Cher hanya dijemput oleh Pasukan Analitik PADU dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning. "Saya mengambil maklum siaran sosial media oleh stesen radio BFM89.9 mengenai Dr. Cher Han Lau, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan PADU. Setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan oleh Dr. Cher adalah tidak benar. Pasukan Analitik PADU telah […]

trending_flat

Imigresen gempur pusat urut dan dandan, 68 orang ditahan

PUTRAJAYA, 9 Januari 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu operasi Ops Gegar dan Ops Dandan pada 7 Januari 2024 di 7 lokasi sekitar Johor Bahru, Johor. Operasi bermula sekitar jam 3.20 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke premispremis dan menahan 14 orang warganegara Indonesia terdiri daripada 13 orang perempuan dan seorang lelaki, 16 orang perempuan warganegara Vietnam, seorang lelaki warganegara Filipina, 34 orang warganegara Myanmar terdiri daripada 24 orang lelaki dan 10 orang perempuan serta seorang lelaki warganegara Pakistan. Katanya, kesemuanya berusia antara 19 hingga 42 tahun. Seorang […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Kepulauan Talaud , Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 telah berlaku di Kepulauan Talaud , Indonesia pada jam 4:48 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:48 pagi, 9 Januari 2024Koordinat: 4.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Kepulauan Talaud , IndonesiaMagnitud: 6.9Jarak: 93km Utara dari Pulau Talaud,IndonesiaKedalaman: 99 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation