trending_flat

Sesi Advokasi Biz-BERKAT tingkatkan komitmen peniaga patuhi kod etika, peraturan dan undang-undang perniagaan

MELAKA, 13 Januari 2024 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali turun padang dalam Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) di sekitar Jonker Walk, Melaka semalam. Beliau diiringi oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan KPDN Melaka. Kredit Foto : UKK KPDN Kata Armizan, antara objektif Sesi Advokasi Biz-BERKAT itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen di kalangan para peniaga untuk mematuhi kod etika, peraturan dan undang-undang perniagaan. Iai termasuk pematuhan kepada Akta Perihal Dagangan 2011 seperti larangan untuk memberikan maklumat dan perihaldagangan palsu ke atas barang-barang, harga dan perkhidmatan termasuk berkaitan pensijilan halal. Kredit Foto : UKK KPDN "Pada masa yang sama, tanggungjawab untuk mempamerkan tanda harga dan larangan untuk mencatut harga iaitu menaikkan harga pada kadar margin yang tidak munasabah di bawah Akta […]

trending_flat

Gubal Akta Penggal Tetap Parlimen Demi Agenda Reformasi & Rakyat

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berpandangan bahawa Akta Penggal Tetap Parlimen – Fixed Term Parliament Act (FTPA) adalah diperlukan untuk memastikan penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu 18 Disember 2027. Bersih sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia [1][2]. Namun penggubalan akta tersebut perlu disusuli dengan penggubalan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan – Constituency Development Fund Act (CDF) yang saksama kepada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Ini bagi memastikan hak dan keadilan untuk semua ahli Parlimen dijamin oleh undang-undang. Bersih berpandangan Akta Penggal Tetap Parlimen ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara yang akan membantu melancarkan usaha reformasi demi kepentingan rakyat. Akta ini tidak akan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Menerusi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation