trending_flat

Dr Zaliha sarankan LabuanFSA peruntukkan Tabung CSR bagi menyumbang semula kepada rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zaliha Mustafa mencadangkan agar Labuan Financial Service Authority (LabuanFSA) menubuhkan yayasan atau memperuntukkan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyumbang semula kepada rakyat dan ekonomi Labuan. Menurut Dr. Zaliha menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, sejak tahun 1990, Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC), kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC). "LabuanFSA yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai Pusat Jewangan Antarabangsa. Labuan kini diiktiraf antara 3 pusat kewangan antarabangsa terpenting di Asia Pasifik dalam konteks perbankan, insurans dan kaptif. Kini, Labuan IBFC merupakan pusat kewangan yang dikawal selia dan bereputasi tinggi dengan disokong oleh 7 Undang-undang Khas Labuan yang menarik perhatian global." kata Dr. Zaliha. Tambahnya, selama lebih 30 tahun, LabuanIBFC menyumbang 53% kepada KDNK Labuan. "Atas dasar […]

trending_flat

Meneguh jiwa anak muda di tahun baharu bak pemuda Ashabul Kahfi

Oleh: Dr. Nur Shahidah Paad Di ambang tahun baru, generasi muda menghadapi cabaran yang menuntut ketabahan jiwa dan ketahanan mental. Pencarian identiti dan hala tuju kehidupan yang membentuk dilema antara kehendak diri dan harapan sosial sering kali menimbulkan tekanan yang berat. Namun tekanan ini akan menjadi ringan sekiranya anak muda mampu melihat kehidupan dalam konteks yang lebih bermakna. Anak muda harus pandai melihat bagaimana cabaran yang dihadapi boleh menjadi peluang bagi mereka untuk membangun azam baru; bukan hanya untuk memperkuat diri sendiri, tetapi juga untuk memberi kekuatan kepada orang lain. Dr. Nur Shahidah Paad Kekuatan sejati anak muda terletak kepada kemampuan mereka untuk melihat jauh melebihi kepentingan diri sendiri, memberi tanpa mengharapkan balasan. Tindakan penuh keikhlasan ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat tidak hanya kepada penerima tetapi juga bagi yang memberi. Ia adalah sumber kekuatan jiwa yang tidak ternilai dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation