trending_flat

SPRM meneruskan tugasan dengan cemerlang dalam usaha membebaskan negara daripada rasuah

PUTRAJAYA 15 Januari 2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya & Perhimpunan Bulanan SPRM Bil.1/2024 untuk kali pertama bagi tahun 2024. Penyampaian amanat telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki. Menerusi ucapan yang disampaikan, Azam menyatakan warga SPRM telah membuktikan bahawa Suruhanjaya itu kompeten dalam memacu kecemerlangan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan. "Kerajaan telah mengiktiraf dan memandang tinggi prestasi cemerlang SPRM, hasil kerjasama semua pihak membabitkan pelbagai sektor di Suruhanjaya ini membabitkan sektor operasi, pencegahan, pendakwaan, pentadbiran dan akademi secara kolektif." kata Azam. Beliau turut berkata, rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tugas SPRM adalah untuk menghapuskannya sehingga menjadikan negara ini bebas rasuah. Justeru warga SPRM perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri bagi membanteras penjenayah ini sekali gus melumpuhkan kegiatanmereka. […]

trending_flat

Penjualan arak: kesejahteraan rakyat atau manfaat ekonomi?

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Kesejahteraan rakyat adalah salah satu matlamat utama bagi sesebuah kerajaan yang baik dan stabil. Kesejahteraan itu pula memiliki kepelbagaian spektrum dan sisi yang perlu dilengkapkan nagi merelisasikan kesejahteraan rakyat yang holistik dan bukanlah hanya secara retorik atau dakwaan. Dunia pula di kala ini menuju kepada Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih dikenali dengan SDGs yang meletakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan sebagai salah satu perkara yang perlu dijadikan agenda besar bagi sesebuah kerajaan yang stabil. Agenda Kerajaan Madani juga meletakkan fokus utama kerajaan adalah untuk membangunkan masyarakat sejahtera menerusi beberapa anjakan besar yang berkaitan seperti pembudayaan masyarakat Madani dan pengukuhan perkhidmatan kesihatan. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dalam usaha negara ini untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi negara ke trek yang lebih positif dan mampan, pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh kerajaan kini mahupun yang lepas. Sememangnya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation