trending_flat

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan sindiket Bitcoin

PUTRAJAYA, 20 Januari 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) didalangi oleh warganegara China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Januari 2024 di Kuala Lumpur. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin bin Jusoh dalam satu kenyataan hariini, operasi tersebut bermula pada jam 10.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. "Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama satu bulan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis lot perniagaan dan telah berjaya menahan 2 orang lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin. Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua warganegara asing […]

trending_flat

Membakar surau dan masjid mencemar keharmonian beragama Malaysia MADANI

Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Baru-baru ini, berlakunya perbuatan khianat membakar masjid dan surau di Sri Medan, Johor. Perbuatan khianat ini adalah perbuatan terkutuk yang kesannya bukan hanya kepada perasaan individu, tetapi kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam. Perbuatan provokasi ini melibatkan institusi agama iaitu rumah ibadah yang merupakan tempat suci untuk beribadah bagi penganut beragama Islam. Dr. Atifah Ahmad Yusoff Larangan provokasi dan menghina rumah ibadah adalah sangat dilarang oleh Islam. Hal ini kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama lain dan akan menyebabkan mereka bertindak balas dan mencela Islam kembali. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki dan mencela sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An‘am: 108) Rasulullah SAW sangat memahami sensitiviti keagamaan ini. Nabi memerintahkan untuk menghormati segala rumah ibadat dan […]

trending_flat

Isu DNAA : BERSIH mahu Kerajaan Persekutuan ingat janji-janji dan prinsip reformasi

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2024 - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengeluarkan kenyataan merujuk kepada kes pengubahan wang haram (AMLA) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang telah ditetapkan September depan untuk pihak Pendakwa Raya membuat keputusan sama ada akan memberikan DNAA (melepaskan tanpa membebaskan) atau tidak kepada tertuduh. Dalam kenyataan tersebut BERSIH berkata, isu pemberian DNAA – (melepaskan tanpa membebaskan) oleh Peguam Negara ini bukan perkara baharu, malah pernah berlaku beberapa kali melibatkan ahli-ahli politik daripada hampir semua parti politik utama dalam negara. Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz di dalam himpunan menolak DNAA untuk Kes Rasuah Melibatkan Orang Politik. Kredit Foto BERSIH "BERSIH khuatir perkembangan ini akan meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi penguatkuasaan undang-undang khususnya pejabat Peguam Negara. Kenyataan Peguam Negara pada 15 Januari 2024 […]

trending_flat

KPDN rangka strategi kukuhkan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara

PADANG BESAR, 20 Januari 2024 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis melibatkan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan Padang Besar serta Stesen Minyak Tanpa Subsidi di Wang Kelian, Perlis hari ini. Menurut Armizan. tujuan lawatan kerja itu diadakan adalah bagi melihat operasi penguatkuasaan di pintu-pintu masuk dan sempadan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi. "Ini termasuk mendengar dan melihat isu-isu berbangkit berkaitan penyeludupan dan penyelewangan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi yang terkait dengan tanggungjawab Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). KPDN sedang dalam proses untuk merangka strategi dan pendekatan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan di pintu-pintu masuk dan sempadan negara melalui kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi di pintu-pintu masuk. Ini melibatkan penguatkuasaan yang terkait […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation