trending_flat

Tuduhan Fitnah :  Teresa Kok Menang Saman Mengatakan Beliau Tidak Setuju Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan – JomCheck

Oleh : JomCheck 28 Januari 2024 - Pada 2019, terbit sebuah artikel yang mengatakan kononnya Ahli Parlimen Seputeh dari parti Democratic Action Party (DAP) Teresa Kok tidak setuju agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan yang ditulis oleh Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor pada waktu itu, Syarhan Huzaimi Halim. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) STATUS: TIDAK BENAR PENJELESAN: Teresa Kok telah mengambil tindakan menyaman penulis artikel tersebut pada 2019 dan telah memenangi kes tersebut pada Februari 2020. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/512322 Poin penting untuk menjelaskan isu ini adalah: a. Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas memenangi kes saman itu. b. Hakim juga menjelaskan bahawa artikel berkenaan telah mendorong pembaca untuk merumuskan bahawa Teresa Kok adalah seorang anti-Islam dan bersifat perkauman. Semoga perkongsian kali ini dapat menerangkan keadaan sebenar tentang artikel berkenaan. Lepas ini jangan […]

trending_flat

Tiga kampung terima manfaat daripada projek naik taraf jalan

BAU, 27 Januari 2024 - Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Senibung dan Kampung Tanjong Bowang bukan sahaja bakal memberi kemudahan kepada penduduk di tiga kawasan perkampungan terlibat dan kawasan sekitarnya apabila projek tersebut siap pembinaannya, malah dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut selama ini. Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep dalam ucapan perasmiannya memberitahu kawasan perkampungan tersebut sering banjir selama ini kerana paras jalan raya lebih rendah dari rumah penduduk. "Selain pembinaan longkang dan tembok cerun, kerja-kerja melebarkan jalan, pembinaan dua jambatan bagi mengantikan jambatan sedia ada dan menaik paras jalan perlu ditinggikan bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi penduduk selama ini," ujar beliau. Henry memberitahu tempoh pembinaan projek itu adalah selama 24 bulan iaitu bermula pada 14 Disember 2023 sehingga 13 Disember 2025. Terdahulu, Henry dan tetamu […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Jawa, Indonesia pada jam 5:33 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:33 petang, 27 Januari 2024Koordinat: 11.8° Selatan 113.4° TimurLokasi: Selatan Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.3Jarak: 393km Barat Daya dari Denpasar, IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation