trending_flat

Wan Junaidi rasmi angkat sumpah sebagai TYT

Oleh: Norhayati Sarkawi (BMKK)Foto: Lance Dunstan, Bolhan Basah & Saiful Rahman Sabri (BKVS) KUCHING, 29 Jan - Mantan Yang di-Pertua Dewan Negara Tun Dr. Wan Junaidi Tengku Jaafar, 78, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru. Istiadat angkat sumpah yang berlangsung pada jam 4.04 petang di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, dimulakan dengan memohon perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi memulakan istiadat oleh Pendaftar Istiadat, Junih Salleh Ahmad. Sejurus itu, istiadat diteruskan dengan bacaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Wan Junaidi kemudian mengangkat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan, sebelum menandatangani Surat Angkat Sumpah serta Surat Pengisytiharan, disaksikan oleh Abang Johari dan Hakim Besar Sabah Sarawak […]

trending_flat

Lambakan unsur lucah di media runtuhkan nilai masyarakat MADANI

Oleh: Dr. Atifah Ahmad Yusoff Dewasa ini, terdapat lambakan iklan dan filem yang berunsur lucah (soft porn) ditayangkan di pawagam dan kaca TV. Hal ini memberi kesan buruk kepada masyarakat di mana filem amat berpengaruh kepada kehidupan realiti manusia dari sudut pemikiran, tingkah laku, emosi, peribadi, akhlak, dan nilai Islam. Perubahan yang berlaku ke atas diri penonton akan mendorong mereka sama ada ke arah positif mahupun negatif bergantung kepada jalan cerita yang dipilih. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Dr. Atifah Ahmad Yusoff Mengikut teori kesan media yang diasaskan oleh George Gerbner pada tahun 1979 melalui Cultivation Theory, menyatakan bahawa semakin kerap seseorang menonton televisyen, semakin mudah visual tersebut menyerap masuk dan mempengaruhi psikologi penonton. Secara saintifik, ianya kerana dikatakan berpunca daripada pemaparan secara audio dan visual yang halus dan berupaya untuk mempengaruhi pemikiran kognitif penonton dalam jangka masa panjang. Kesan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation