trending_flat

Dakwaan Status Halal Rangkaian Restoran Amerika ditarik balik adalah Palsu

Oleh JomCheck JomCheck menerima pertanyaan tentang keabsahan mesej berantai menyatakan status halal restoran McDonald’s, KFC, Dominos Pizza, Pizza Hut dan Starbucks di Amerika Syarikat telah ditarik balik. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Dua organisasi yang dikatakan terlibat dengan penarik balikan status halal restoran di atas adalah Muslim Judicial Council (MJC) dan International Qur’anic Studies Association (IQSA). JomCheck telah membuat semakan dan menggabungkan hasil carian kami dengan semakan yang dibuat portal semakan fakta dari Indonesia iaitu Tempo. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: MJC dan IQSA tidak terlibat dalam pemberian sijil halal di Amerika Syarikat, apatah lagi berkuasa untuk menarik balik sebarang status halal di sana. Sumber: https://bit.ly/3Om9rst Isu yang perlu diberikan perhatian adalah: a. Hantaran berkenaan adalah hantaran berulang sejak dari 2018 dan bermula di Indonesia mengaitkan pelbagai organisasi Islam termasuk Majelis Ulama Indonesia (MUI). b. […]

trending_flat

MBF rapatkan hubungan Malaysia-Brunei

Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan Malaysia-Brunei Forum (MBF 2023) pada 13 dan 14 Disember 2023. Forum ini ialah kerjasama antarabangsa yang ke-5 di antara UM dan UBD. Tema utama forum ini adalah “Resilience and Transformation: Navigating Contemporary Challenges in Southeast Asia”, di mana, peserta forum bersama-sama membincangkan cabaran kontemporari di Asia Tenggara. Manakala sub tema forum merangkumi budaya, masyarakat, tamadun, ekonomi, politik dan pengantarabangsaan, pembangunan lestari dan kesejahteraan sosial, media, komunikasi dan inovasi. Prof Emeritus Ranjit Singh menyampaikan ucapannya Program ini telah dirasmikan Timbalan Dekan (Penyelidikan), Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM selaku Pengerusi dan Penganjur Program Malaysia Brunei Forum (MBF 2023) iaitu Prof. Madya Dr. Helena Muhamad Varkkey. Seramai 43 orang ahli akademik yang merangkumi pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah di dua buah […]

trending_flat

Ahli akademik perlu lebih cermat bila menulis

Oleh: Dr. Abu Hanifah Haris Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan beberapa kes melibatkan kesilapan fakta yang dilakukan oleh ahli akademik sehingga ditegur oleh sarjana dan pakar bidang. Semua ini ibarat ‘mimpi ngeri’ bagi seorang ahli akademik apabila tulisannya dikritik oleh pihak lain kerana terdapat kesilapan fakta dan sumber. Dr. Abu Hanifah Haris Kes pertama melibatkan seorang ahli akademik yang tersilap dalam menyatakan karya seorang tokoh wartawan negara yang bukan tulisannya, sebaliknya tulisan seorang sasterawan negara, mungkin terkeliru dengan nama yang hampir sama. Kes kedua melibatkan dua orang ahli akademik lain yang tersilap dalam memberikan gambar kapal sehingga ditegur oleh seorang sarjana luar. Meskipun ahli akademik terlibat sudah memberikan penjelasan dengan mengakui kesilapan tersebut dan menarik semula tulisannya, namun isu ini menarik juga untuk dibincangkan. Apapun, kerelaan ahli akademik tersebut mengakui kesilapannya dan menarik semula tulisan tersebut perlu dipuji kerana […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation