● Mengikuti kejayaan siri pemenang anugerah Resipi Berani MAGGI® di bawah Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM), siri ini kembali untuk musim ke-3 dengan empat episod yang akan disiarkan setiap minggu di TV3 dan YouTube bermula 14 Januari 2024. ● 21 peserta dari seluruh Malaysia menghadapi cabaran kulinari dan penciptaan konten media sosial yang ditetapkan oleh Chef Zam, Sheila Rusly, Chef Richard, Chef Sherson, dan Datin Paduka Eina Azman, sambil memaparkan transformasi peserta dan kisah kejayaan mereka. ● Peserta menerima bimbingan kemahiran digital daripada Google, Meta, dan TikTok untuk memulakan kerjaya mereka sebagai pencipta konten bertemakan makanan selepas tamat siri ini. KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 — MAGGI® Malaysia, jenama makanan No. 1 di Malaysia, kembali dengan musim ketiga siri pemenang anugerah; Resipi Berani MAGGI®, dengan tumpuan pada memperkasakan wanita melalui makanan dan penciptaan konten media sosial. Siri ini […]