trending_flat

Penyerahan Busana Tradisional ke Pejabat Kedutaan Malaysia Memperkasakan Aktiviti Seni, Budaya dan Warisan Negara

4 Januari 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan sebanyak 20 set busana tradisional etniketnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara. Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada sepuluh (10) Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. MOTAC selaku peneraju diplomasi budaya meneruskan inisiatif diplomasi budaya fasa kedua kedua melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Pertubuhan Kraf Malaysia (Malaysia Craft Council) bagi memperkasakan program dan aktiviti seni, budaya dan warisan negara selaras dengan hala tuju Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021. Majlis penyerahan telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan di Putrajaya, semalam. […]

trending_flat

Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa 3 Januari

PUTRAJAYA, 4 JANUARI 2024 – Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah. Menurut Kementerian dalam satu kenyataan hari ini, ia dilaksanakan secara berfasa seperti berikut: Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030. "Keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963. Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri. Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan." kata kenyataan tersebut. Kerajaan […]

trending_flat

456,136 pengguna telah berdaftar dengan PADU setakat jam 9 pagi hari ini

Setakat jam 9 pagi hari ini, jumlah pengguna berdaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah seramai 456,136 orang. Menurut satu hantaran di Halaman X Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini, bilangan pengguna yang melakukan proses e-KYC adalah seramai 230,443 orang. Manakala 61% dari jumlah tersebut telah selasai dengan pengesahan e-KYC. Berhubung dengan proses e-KYC, ia boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit. "Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private. Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat. Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’." kata hantaran tersebut.

trending_flat

KEMASKINI & FAQ #PADU : Data setakat jam 9 pagi 4 Januari 2024

Sumber Halaman X Menteri Ekonomi STATUS PENDAFTARAN BERJAYA Bilangan pengguna berdaftar = 456,136 Bilangan pengguna yang telah buat e-KYC : 230,443 61% selesai dengan pengesahan eKYC ISU-ISU BERBANGKIT: 1. KEGAGALAN e-KYC (PENGGUNAAN CERMIN MATA / e-KYC TERGENDALA) Proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private. Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat. Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’. 2. ⁠PEMBETULAN MAKLUMAT BAGI INDIVIDU YANG TELAH PERAKU MAKLUMAT Mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 8:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:43 pagi, 4 Januari 2024Koordinat: 7.2° Selatan 130.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan Tanimbar, IndonesiaMagnitud: 5.0Jarak: 451km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 138 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi

KUALA LUMPUR - Koleksi Seni Negara dan seniman jemputan bersatu dalam pameran seni revolusioner bertajuk "Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi". Pameran ini menggabungkan karya-karya seni terpilih dengan konsep yang memaparkan perhubungan erat antara seni, budaya, sosial, tradisi, dan ekonomi. "Palet Budaya" menghadirkan aspek-aspek penting dalam interaksi sosial melalui makanan dan medium makanan dalam masyarakat. Melibatkan komponen budaya dan komunikasi, pameran ini menggali unsur-unsur keperluan gastronomi sebagai elemen kunci dalam keterikatan sosial. Mengajak audiens melihat tentang hubungan antara makanan dan identiti individu, yang tak dapat diasingkan dari struktur sosal masyarakat. Budaya pemakanan dianggap sebagai refleksi sejarah dan identiti suatu komuniti, dan karya-karya seni menggambarkan pengalaman harian dalam asimilasi dan aliterasi budaya. Artis menonjolkan pendekatan normatif membahas hubungan gastronomi dalam interaksi sosial, jaringan ekonomi, fokus pada peraturan, cara hidup, nilai-nilai, dan kemandirian masyarakat. Melalui karya-karya mereka, pameran ini menjadi refleksi pengalaman […]

trending_flat

Timbalan KPN bersama MDN sertai pendaftaran

Sumber Facebook Rasmi PDRM PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke sesi pendaftaran MyDigital ID yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam. MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang boleh dimanfaatkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta untuk mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara talian. Program kerjasama MIMOS Berhad itu juga bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi memperkasakan transformasi digital ke arah pendigital perkhidmatan. Hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN dan wakil-wakil agensi bawah KDN.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation