Kempen tetapkan warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat tiada kaitan dengan Jakim – Jomcheck
Oleh JomCheck JomCheck menerima aduan tentang poster kempen menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal yang dimulakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sebaran poster ini telah menimbulkan tanda tanya orang awam. Respon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diharap dapat menjawab segala persoalan. Semakan JomCheck mendapati: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: JAKIM telah memberi respon melalui satu kenyataan pada 2023 yang mengesahkan tiada keperluan untuk menukar warna logo halal berdasarkan status pemilikan syarikat pengeluar produk halal walaupun ada kempen oleh PPIM sejak 2020. SUMBER: Laman sesawang rasmi JAKIM: https://bit.ly/3RT7k0m The Sun: https://bit.ly/48TdGnf Perkara penting untuk kita tahu: a. Kali pertama kempen ini dapat dilihat adalah pada 24 Julai 2020 melalui laman Facebook PPIM. b. JomCheck telah menghubungi JAKIM pada 15 Jan 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kami […]