trending_flat

Pengarah JPJKK Adakan Lawatan Kerja Ke IPK Selangor

SHAH ALAM 12 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi. Ketibaan beliau dimulakan dengan sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan yang berlangsung di Bilik Tetamu, pejabat KP Selangor. Ia merupakan lawatan kali pertama beliau menjawat jawatan itu pada 29 Disember 2023 dan bertujuan membincangkan aspek keselamatan serta pencegahan jenayah komuniti di kontinjen berkenaan. Dalam lawatan tadi, beliau turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK agar memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dalam mencegah jenayah. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC […]

trending_flat

Air Mineral Cactus Menjalin Kerjasama dengan Pelancongan Perak untuk Mempromosikan Kempen “Tahun Melawat Perak 2024”

KUALA LUMPUR/TAIPING, 11 Januari 2024 – Chuan Sin Sdn Bhd (CSSB atau “Syarikat”), pengeluar air botol terkemuka, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Tourism Perak Management Berhad. Kerjasama itu bertujuan untuk bersama-sama mempromosikan amalan dan inisiatif pelancongan mampan untuk kempen 'Visit Perak Year 2024' (VPY2024) oleh Tourism Perak Malaysia. Dr. Chuah Chaw Teo berkata, “Kami sangat bersemangat untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia Perak dalam usaha ini untuk mempromosikan amalan pelancongan mampan di Perak. Untuk kempen ini, kira-kira 7 juta kotak air mineral semulajadi Cactus 500ml dan 1500ml dengan label eksklusif yang menonjolkan 11 destinasi pelancongan di Perak akan diedarkan ke seluruh negara untuk menggiatkan semula industri pelancongan Perak.” 11 destinasi pelancongan itu termasuk Istana Kelly, Gua Tempurung, Stesen Kereta Api Ipoh, Istana di Kuala Kangsar, Menara Chon Dong Teluk Intan, Pulau Giam, Taman Negeri Royal Belum, Zoo Taiping, Korek Timah Tanjung Tualang No 5, River Explorer White Water Rafting di […]

trending_flat

Kumpulan Magma Bersedia Untuk Tahap Permulaan Baharu Berikutan Penarikan Balik Daripada Prosiding Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2024 – Magma Group Berhad ("Magma" atau "Syarikat"), sebuah kumpulan pegangan pelaburan dinamik, hari ini mengumumkan perkembangan penting dalam prosiding undang-undang Syarikat yang sedang berjalan. Semasa Pengurusan Kes yang diadakan pada 9 Januari 2024, Mahkamah memberikan kebenaran kepada Public Bank Berhad (“Plaintif”) untuk menarik balik Saman terhadap Defendan, termasuk Astaka Mekar Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Magma. Penarikan balik ini dilaksanakan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah mengenai kos, menandakan detik penting bagi Syarikat. Saman itu, pada asalnya difailkan oleh Public Bank Berhad terhadap anak syarikat Magma Group Berhad dan pihak bersekutu, berpunca daripada pertikaian mengenai penyelesaian jumlah tertunggak di bawah pelbagai Kemudahan Pinjaman Berjangka dan Kemudahan Overdraf. Plaintif telah meminta bayaran balik yang banyak, termasuk faedah terakru, daripada Defendan di bawah kemudahan ini. Dalam keadaan positif, Mahkamah telah membenarkan penarikan balik […]

trending_flat

Seksyen 73.85, Jalan Dabong-Jeli dibuka semula – JKR

JELI, KELANTAN – Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan bahawa pada tarikh 9 Januari 2024, jam 12.00 tengahari, laluan di Seksyen 73.85, Jalan Dabong – Jeli yang terputus akibat kegagalan pembetung telah dibuka semula. Menurut JKP dalam satu kenyataan, jalan tersebut telah dibuka secara satu lorong untuk semua jenis kenderaan ringan sahaja (maksimum sehingga 20 tan)dan ia disambungkan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Bailey. "Komponen-komponen Jambatan Bailey mula dipasang pada 5 Januari 2024 menggunakan khidmat tenaga secara jabatan telah siap sehari lebih awal daripada tarikh jangkaan 10 Januari 2024. Seramai 54 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Jajahan Jeli, JKR Jajahan Machang, JKR Daerah Temerloh dan JKR Daerah Kinta telah bergabung tenaga bertungkus-lumus menyiapkan jambatan sepanjang 30 meter tersebut. Jambatan tersebut dibina bagi memastikan pengguna jalan raya terutamanya penduduk […]

trending_flat

Timbalan KPN hadir ke sesi taklimat aset MSU

KUALA LANGAT, 10 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri sesi demonstrasi dan taklimat pengoperasian aset "Mobile Surveillance Unit" (Unit Pengawasan Bergerak) (MSU) oleh Syarikat AMP Corporation (M) Sdn. Bhd. Demonstrasi aset tersebut telah dilakukan di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, pagi semalam. Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Hussein Omar Khan bersama Komander Pasukan Polis Marin (PPM), SAC Norzaid Muhammad Said. Program diteruskan dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Dato' Sri Mustaffa Hj. Abd. Rahman di Bilik Mesyuarat Utama AMPCOP. Aset MSU adalah bagi kegunaan PPM dalam mempertingkatkan pengesanan aktiviti di perairan negara, sekali gus memperkasakan peranan Pasukan tersebut. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengadakan lawatan di sekitar Pelabuhan Klang dan Balai […]

trending_flat

Jumlah mangsa banjir berkurang

9 Januari 2024 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat sembilan (9) daerah di dua (2) negeri (Pahang dan Johor) masih dilanda banjir dengan penurunan jumlah mangsa kepada 8,462 dalam tempoh 24 jam (berbanding 8,578 mangsa pada 8 Januari 2024). Menurut NADMA, ia melibatkan 2,373 keluarga yang ditempatkan di 74 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurangan berbanding 78 PPS pada 8 Januari 2024. "Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Johor, iaitu Kota Tinggi (4,676 mangsa), Kluang (1,591 mangsa) dan Johor Bahru (847 mangsa)." kata NADMA. Dalam pada itu, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sabah dan Sarawak sehingga 12 Januari2024 serta di Sarawak sehingga 12 Januari 2024.

trending_flat

Kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) sedang dijalankan

LOJING, KELANTAN – Satu kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sedang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan hari ini, produk yang dibangunkan oleh PRSB menggunakan spesifikasi SMA dengan bitumen terubah suai gred PG76 ini, mula diturap setebal 50mm pada 10 Januari 2023 sepanjang 200 meter di Jalan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai - Blue Valley, Kelantan. Kata kanyataan itu, lokasi itu dipilih bagi membuktikan produk mempunyai daya tahan yang tinggi memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan berbukit dan berkenderaan berat. Pemantauan prestasi turapan produk itu bakal berakhir pada 9 Januari 2024. "Bagi mengetahui prestasi produk ini di tapak kajian, Menteri Kerja Raya, Dato Sri […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation