Tiada pemberian RM500 tunai di BSN kepada Warga Emas
Oleh : JomCheck Tular di aplikasi WhatsApp kononnya seorang warga emas mewakili keluarga boleh menuntut RM500 secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa kad pengenalan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej seperti ini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak terutama sekali warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas seperti yang dinyatakan dalam dakwaan. Hasil semakan rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi warga emas yang tidak mempunyai pasangan adalah RM150 dan bukannya RM500 manakala tidak semua warga emas layak menuntut wang secara tunai di BSN. Sumber: http://mycheck.my/more.php?id=2266979 Penjelasan yang perlu diberi perhatian adalah: a. Merujuk hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan menerangkan bahawa bantuan STR yang bernilai RM500 hanya untuk isi rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah b. Lembaga Hasil Dalam […]