trending_flat

ikhlas.com anjur agihan fidyah terbesar di Perlis

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2024 – Platform gaya hidup mesra Muslim Capital A, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) membuat pengagihan fidyah terbesar dengan sejumlah 1,000 kampit beras fidyah kepada para penerima di sekitar Perlis. Buat julung-julung kalinya, ikhlas.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha mengenal pasti para penerima yang layak dan mengagihkan kutipan dana IKHLAS Fidyah dengan telus dan efisyen. Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, ikhlas.com amat bersyukur kerana dapat meneruskan komitmen kepada komuniti Islam dengan mengagihkan kutipan IKHLAS Fidyah 1444H dalam bentuk 1,000 kampit beras kepada penerima yang berhak di Perlis.” Beliau berkata demikian pada Majlis Pengagihan IKHLAS Fidyah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor. Agihan beras fidyah tersebut melibatkan beberapa lokasi bermula di bangunan MAIPs, […]

trending_flat

Aisyah Maisarah tidak gusar bergelumang dengan lalat, demi cita-cita menjadi usahawan bioteknologi

Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan mahasiswa tahun ketiga kursus bioteknologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Selain aktif di kampus, beliau yang bercita-cita menjadi usahawan pada masa hadapan, sudah pun mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan sejak berumur 8 tahun dan kini menguruskan bukan satu, malah lima jenis perniagaan pada masa lapangnya. “Sejak kehilangan arwah ayah pada tahun 2013, kami sekeluarga sudah biasa melakukan pelbagai kerja untuk mencari pendapatan tambahan. Disebabkan pandemik COVID-19, saya dan ibu mula mengusahakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan dari rumah. Kami mendapat banyak tempahan kek brownies dan roti dari warga setempat ketika itu yang tidak dapat keluar rumah kerana PKP. Kemudian, saya mula membekalkan produk bakeri kepada kedai-kedai di kolej kediaman Universiti Malaya,” kata Aisyah Maisarah Abd Razak, atau lebih mesra dengan panggilan Sera, memulakan perbualan. Anak jati Kuala Lumpur dari Cheras ini sememangnya komited […]

trending_flat

Jadikan bekerja dari rumah sebagai pilihan

Oleh: Dr. Juraifa Jais Pandemik COVID-19 menyebabkan bekerja dari rumah (BDR) menjadi norma di Malaysia. Pekerja dikehendaki meneruskan pekerjaan sepenuh masa dan pada masa yang sama menjalankan tanggungjawab keluarga. Pelaksanaan BDR adalah mencabar dalam beberapa industri kerana sebahagian pekerjaan menuntut pekerja hadir secara fizikal pada masa tertentu. Ini memberi kesukaran kepada majikan untuk merancang strategi BDR yang berkesan. Walau bagaimanapun, syarikat yang gagal menerima perubahan, terutamanya semasa pandemik COVID-19 akan menghadapi risiko untuk berdaya saing. Dr. Juraifa Jais Sebelum pandemik COVID-19, BDR telah lama diamalkan di negara Barat. Menurut laporan OECD (2020), BDR dilaksanakan sebanyak 57.2 peratus di Sweden pada tahun 2015, dan 25 peratus di Portugal dan Itali pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, BDR jarang dilaksanakan di Asia. Di India, BDR adalah keistimewaan yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar untuk pekerja atasan yang terpilih. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation