trending_flat

Sindiket ‘Ali Rohingya’ Tumpas

Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI dalam satu Operasi Khas pada 24 Februari 2024 di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan. Operasi yang bermula pada jam 1.00 pagi adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyakberhampiran Wakaf Che Yeh. "Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi. Tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang […]

trending_flat

HASiL laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”

KUALA LUMPUR, 28 Februari (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha-usaha memperluas asas cukai dengan melaksanakan satu Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur”. Lawatan Banci Bisnes (LBB) ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 Februari 2024 di sekitar Kuala Lumpur.  Operasi Lawatan Banci Bisnes ini adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka oleh pegawai HASiL. Seramai lapan puluh (80) orang pegawai HASiL daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka terlibat di dalam operasi kali ini. Di dalam majlis perasmian LBB tersebut, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL berkata bahawa, strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehinggalah cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.   Selain […]

trending_flat

MY JALAN : KKR dan MOSTI jalin kerjasama, perluaskan adaptasi teknologi penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan. Menurut KKR menerusi satu siaran media, Program Sandbox itu akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara. Program tersebut juga dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR. Justeru, satu perjumpaan telah diadakan di antara Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, pengurusan tertinggi KKR serta agensi, dan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di ibu pejabat KKR semalam. Pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah […]

trending_flat

Intervensi institusi masjid dalam menjamin kesihatan mental masyarakat Islam

Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Kehidupan di era kecerdasan buatan menyaksikan masyarakat aktif bermusafir dan melancong ke serata Negara bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan. Jika suatu ketika dahulu manusia bermusafir atas urusan kerja, perniagaan, pengajian, rekreasi dan ziarah menziarahi sesama insan, namun pada hari ini, ahli masyarakat bermusafir semata-mata mencari tempat makanan dan minuman yang diviralkan melalui media sosial. Jarak yang jauh bukan lagi isu dan kekangan dengan kemudahan lebuhraya dan kenderaan yang dipacu pantas menuju destinasi pilihan. Ia salah satu alternatif bagi masyarakat kini “healing” di hujung minggu. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Perkataan “healing” menitir di bibir masyarakat tidak kira bangsa, agama, peringkat umur dan jantina. Tanggungjawab dan bebanan tugas harian semakin bertambah saban hari telah menekan jiwa dan menjejaskan kesihatan mental masyarakat. Justeru, ia perlu ditangani secara individu dan kolektif. Setiap individu bertanggungjawab […]

trending_flat

Jadikan Tahun 2024 sebagai Tahun Reformasi Kerajaan Madani – BERSIH

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bersama rakyat Malaysia berhimpun di hadapan bangunan keramat Parlimen Malaysia dengan niat untuk menyuarakan tuntutan utama rakyat kepada seluruh Ahli Parlimen. Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Foto kredit Infinit Photo | Design Perhimpunan itu adalah aksi pertama Bersih untuk mengingatkan Kerajaan Madani, dan juga Ahli-Ahli Parlimen yang berkempen atas manifesto untuk mereformasikan negara, bahawa rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus mendesak supaya agenda reformasi pilihan raya dan reformasi institusi dilaksanakan. "Bersih menegaskan Parlimen adalah institusi keramat yang menjadi nadi kepada usaha reformasi khususnya dalam membawa agenda tatakelola yang baik dalam negara." kata Bersih di dalam satu kenyataan. Justeru, Bersih bersama rakan-rakan NGO yang lain menekankan tiga agenda besar yang harus dibawa oleh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation