Kerajaan yakin capai pertumbuhan ekonomi lebih kukuh tahun ini – Anwar
PUTRAJAYA, 16 Februari 2024 - Ekonomi negara telah mencatat pertumbuhan sebanyak 3% pada suku keempat 2023 (S4 2023) walaupun diselubungi persekitaran luaran yang mencabar. Ia disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan yang meningkat sebanyak 5.2% pada S4 2023 (S3 2023: 4.8%). Peningkatan tersebut membantu mengimbangi penurunan perdagangan luar sebanyak 3.2% berikutan kejatuhan eksport susulan permintaan global yang melemah. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia kembali normal dengan pertumbuhan sebanyak 3.7% pada tahun 2023 berikutan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2022: 8.7%). Pertumbuhan keseluruhan tahun 2023 adalah sedikit rendah berbanding unjuran Belanjawan 2024 iaitu sekitar 4%. Pertumbuhan pada S4 2023 disokong oleh peningkatan asas ekonomi iaitu antara lain: Pasaran buruh mencatat momentum pertumbuhan positif dengan kadar pengangguran berkurangan kepada paras prapandemik 3.3% pada S4 2023 (S3 2023: 3.4%). Inflasi […]