trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 10:48 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:48 pagi, 4 Mac 2024Koordinat: 5.8° Selatan 102.1° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 224km Selatan dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 41 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Spritzer Menerima Dua Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023

KUALA LUMPUR/TAIPING, 4 Mac 2024 – SPRITZER dengan bangganya mengumumkan telah menerima dua anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023 yang telah diadakan baru-baru ini. Dua anugerah tersebut adalah Anugerah Emas dalam Kategori Minuman-Bukan Alkohol untuk Spritzer, dan Anugerah Personaliti Jenama Putra dalam Kategori Khas untuk Pengasas dan Pengarah Urusan, Dato Lim Kok Boon. Ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti, dan kelestarian. Dato’ Lim Kok Boon, Pengasas & Pengarah Urusan Spritzer berkata, “Kami bersyukur kepada semua pasukan kami yang luar biasa, yang dedikasi dan kepakarannya telah membawa kemenangan untuk kami pada hari ini. Dengan sokongan selanjutnya daripada mereka, kami yakin akan teruskan mencapai kecemerlangan.” Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer, menyatakan kegembiraan dan penghargaan kami terhadap pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai di Malaysia terhadap jenama Spritzer. Pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting kerana menunjukkan kepercayaan […]

trending_flat

Pindaan Akta 355 langkah memperkasa Mahkamah Syariah

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin, Dr. Hanira Hanafi Keputusan Mahkamah Persekutuan melalui Kes Nik Elin secara majoriti membatalkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan jenayah syariah yang dicabar melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019 baru-baru ini mencetuskan banyak kontroversi. Pelbagai reaksi diutarakan banyak pihak dalam mengulas isu ini. Dari satu aspek, ada pihak mengetengahkan bahawa isu yang berlaku hanya melibatkan isu teknikal bidang kuasa sahaja. Ada juga yang berpendapat kes ini bukan setakat isu bidang kuasa Badan Perundangan Negeri, sebaliknya memang wujud usaha tersirat untuk mengurangkan lagi limitasi Mahkamah Syariah yang sedia terhad. Dr. Siti Aisyah Samudin Dr. Hanira Hanafi Pendekatan intipati yang dilaksanakan dalam memutuskan kes ini, berisiko memberi kesan domino ke atas peruntukan undang-undang negeri lain yang mengandungi konten atau bidang yang sama dalam undang-undang persekutuan, biarpun istilah yang digunakan adalah berbeza. Mahkamah persekutuan melalui pendekatan dan tafsiran […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation