trending_flat

Kerajaan akan atasi masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya

PUTRAJAYA, 6 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi a telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil.1/2024 dan beberapa keputusan penting jangka pendek dan jangka panjang telah diputuskan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan keselamatan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan hotspot kesesakan. Menurut beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JMKJR), langkah pertama yang diambil oleh Kerajaan adalah meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van Demand Response Transit (DRT) di Lembah Klang bermula September 2024. "Sejak dilaksanakan pada 3 Julai 2023, kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang telah menunjukkan respon yang amat menggalakkan. Data menunjukkan, berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan […]

trending_flat

Talentcorp berperanan penting dalam menyokong Kesuma untuk memperkasa Agenda Wanita

PETALING JAYA, 6 Mac (Bernama) - Dalam kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan telah mensasarkan kepentingan penglibatan Wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60 peratus bagi memperkukuh strategi bakat yang akan memenuhi keperluan Ekonomi MADANI. Namun, pertumbuhan kadar penyertaan Wanita dalam tenaga kerja masih lagi rendah iaitu sebanyak 56.3 peratus pada suku tahun ke-empat 2023. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensinya, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) memperkenalkan Inisiatif baharu iaitu Wanita MyWIRA yang bertujuan untuk mengurangkan jurang tenaga kerja. Sebagai agensi yang ditugaskan untuk menggerakkan strategi bakat, Wanita MyWIRA akan menjadi sebuah hub inisiatif yang akan memperkasa wanita serta menstruktur kesemua program-program Wanita di bawah seliaan TalentCorp. YB Steven Sim Chee Keong dalam ucapannya semasa melancarkan Inisiatif tersebut berkata, TalentCorp telah diberikan mandat oleh KESUMA untuk memperkasa tenaga kerja Negara, termasuklah mempertingkat inisiatif yang mengangkat nilai Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI) yang membantu mencapai matlamat Kadar Penyertaan Tenaga […]

trending_flat

Solusi lambakan rumah gagal dijual perlu dicari bersama

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Setiap tahun begitu banyak unit perumahan yang telah dibina oleh syarikat pemaju perumahan di Malaysia sama ada di kawasan bandar dan juga luar bandar. Beratus-ratus syarikat yang terlibat dalam aktiviti peniagaan dan pembangunan harta tanah yang telah berdaftar dengan REHDA Malaysia berdasarkan data yang telah dikemaskini pada 2 Disember 2023. Dr. Nurul Ashikin Alias Berdasarkan Laporan Pasaran Harta Tanah bagi separuh penggal ketiga 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendedahkan bahawa terdapat 31,092 unit kediaman yang telah siap dibina tetapi tidak terjual bagi tempoh masa itu dengan jumlah nilai keseluruhan adalah RM18.96 bilion. Situasi ini menimbulkan tanda tanya apabila masih ada pemaju perumahan yang tetap membangunkan harta tanah kediaman sedangkan masih terdapat banyak bilangan unit rumah yang belum terjual. Apakah faktor yang mendorong kepada kegagalan penjualan rumah? Apakah strategi yang dilaksanakan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation