trending_flat

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan raganya bagi membantu perjuangan Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik single terbaru beliau. Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina Abu Bakar di Gua Thur. "Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan menegakkan agama Allah" Ujar Mateen. Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu. […]

trending_flat

Pihak Pertikai Kod Etika Wartawan Malaysia Perlu Fahami Prinsip Yang Terkandung – Teo

KULAI, 10 Mac 2024 (Bernama) - Pihak yang ingin mempertikaikan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia perlu memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika tersebut sebelum membuat dakwaan ia akan menyekat kebebasan media. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media (KPM) dalam melaksanakan tugas mereka. “Saya rasa orang yang pertikaikan, sila baca (dahulu) kod ini, ia bukan dokumen baharu, ia telah diwujudkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) sejak 1989 tetapi ia tidak pernah dikemas kini jadi usaha (dilakukan) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selepas penglibatan dengan MPI dan badan bukan kerajaan lain. “Kalau kita baca kod etika ini, anda akan setuju, sebenarnya tiada apa-apa yang saya rasa kontroversi, prinsip-prinsip yang sangat umum dan paling penting ialah, ia menegaskan kepada laporan yang baik, berita […]

trending_flat

PJR Ramadan inisiatif Kerajaan bantu kurangkan kos sara hidup

PAPAR, 10 MAC 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. "PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan,PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam. Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan […]

trending_flat

Rumpai laut Sabah sumbang kira-kira 54% pengeluaran akuakultur nasional

SEMPORNA, 10 Mac 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), lawatan itu bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan negara. "Negeri Sabah yang merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia, mempunyai kawasan seluas 72,500 kilometer persegi, dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi. Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada jam 11:05 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:05 pagi, 10 Mac 2024Koordinat: 7.7° Selatan 129.7° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.0Jarak: 475km Selatan dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 105 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation