Cegah Buli dan Jenayah Seksual di kalangan Pendidikan Khas
Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG 14 Mac 2024 - Peneguhan disiplin tidak hanya diterapkan kepada murid arus perdana sahaja, malahan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) juga perlu mengikuti pelaksanaan undang-undang disiplin yang ditetapkan di sekolah. Pendedahan awal perlu diterapkan setiap kali mula memasuki minggu awal persekolahan. Lebih penting lagi, taklimat disiplin yang melibatkan jenayah buli dan seksual di kalangan MBPK. Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berinisiatif menganjurkan kempen cegah buli dan jenayah seksual di Minggu Orientasi Pendidikan Khas sesi 2024/25 yang berlangsung. Cikgu Muhammad Ashrol Haron, Guru Penyelaras Disiplin Pendidikan Khas SMK Kota Masai menjelaskan bahawa tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan peraturan dan apa yang perlu difahami dari sudut disiplin dan etika murid. “Penguatkuasaan peraturan sekolah juga melibatkan MBPK khususnya. Mereka juga adalah murid sekolah yang […]