trending_flat

Isu Kalimah Allah : Punca kecuaian pihak vendor dan KK Mart, tiada kena mengena dengan kerajaan

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Tular kebelakangan ini berhubung isu penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka terkemuka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).Menerusi kenyataan pihak KK Super Mart, stoking tersebut merupakan produk ‘consignment’ daripada pihak vendor (Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd) yang menjual barang mereka dengan sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka terbabit.Pihak vendor memohon maaf dan mengakui kesilapan kerana tidak membuat pemeriksaan secara teliti berkenaan produk yang diambil dari China.Dalam satu sidang media di Menara KK Super Mart pada 16 Mac 2024, pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai turut memohon maaf dan kesal dengan isu yang berlaku serta bertegas akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dari segi pemeriksaan secara rapi terhadap sesuatu produk yang diterima daripada […]

trending_flat

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah laksanakan 215 program kesedaran pengguna sejak 2013

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Kementerian DIgital melalui agensinya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sentiasa bekerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara untuk bersiap siaga dalam menangani ancaman keselamatan siber. Menjawab soalan lisan di Dewan Negara hari ini, Timbalan Menterinya, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata bagi memastikan data peribadi tidak diceroboh, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang menguatkuasakan Akta 709, telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna data dan rakyat mengenai Akta 709 bagi menjamin keselamatan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia. "Sejak tahun 2013 sehingga 7 Mac 2024, sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan oleh JPDP. Selain itu, sebagai langkah interim sebelum pindaan Akta 709 diluluskan, JPDP telah memperkenalkan Notifikasi Ketirisan Data secara pentadbiran. Notifikasi ini hendaklah dikemukakan kepada JPDP oleh pengguna data yang menghadapi insiden ketirisan data […]

trending_flat

Isu Kalimah Allah : Sebanyak 42 laporan polis diterima

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 - Berhubung dengan isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 42 laporan polis dari seluruh negara. Justeru, sebanyak dua kertas siasatan telah pun dibuka. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/undang–undang (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan. Kes tersebut juga disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan. "Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. PDRM turut mengingatkan orang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation