JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia
PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pekerja asing dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 27 Mac 2024 di Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 1.30 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato' Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur. Rentetan itu, pasukan operasi telah menahan dua orang suspek utama iaitu seorang lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 50 hingga 52 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’. "Hasil semakan awal mendapati suspek adalah warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap […]