trending_flat

Apa jadi lepas PMX selar Negara Barat sebagai hipokrit dalam isu kekejaman Israel ke atas Palestin depan muka Chancellor Jerman?

Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz Semalam penulis @nytimes @ErikaSolomon menulis satu kejutan bila mana sekutu setia Israel - Jerman telah berubah intonasi dalam isu Palestin. Jerman sekutu Israel teramat setia Atas konsep 'Staatsräson' Jerman teramat setia dengan Israel terutama atas 'kekesalan' terhadap insiden Holocaust. Sewaktu awal keganasan Israel bulan Oktober Jerman telah menjadi negara Eropah pertama pergi Tel Aviv nyatakan kesetiaan kepada Israel "Germany had only one place - and it is alongside Israel". Malah dalam tindakan undang-undang Afrika Selatan di ICJ ke atas Israel, Jerman telah 'intervened' untuk menjadi pembela kepada Israel. Tidak terkecuali Jerman adalah antara negara kedua terbesar bekalkan senjata kepada Israel. Jika kita sedar fakta-fakta ini tidak mudah untuk PM Malaysia DS Anwar menggelar Barat sebagai hipokrit depan2 Chansellor Jerman dalam Sidang Media terbuka. Jerman berubah pendirian Namun baru-baru ini Chansellor Jerman berdiri di sebelah […]

trending_flat

Pahang anjur Jualan Makmur Aidilfitri 2024

PAHANG, 30 Mac 2024 - Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menganjurkan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Jualan Makmur tersebut akan diadakan selama 5 hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 yang melibatkan beberapa premis (pasaraya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang. Katanya lagi, menerusi Jualan Makmur ini juga, barangan keperluan dijual dan disubsidi (ditanggung oleh Kerajaan Negeri) antara 15 hingga 30 peratus daripada harga jualan asal. "Penganjuran Jualan Makmur ini diselaraskan oleh EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Tuan Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasaraya-pasaraya yang terlibat. Saya berharap agar rakyat […]

trending_flat

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :- PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah. 2. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di:- 2.1. Pontian Kecil, Johor 2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka 2.3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan 2.4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan 2.5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor darul Ehsan 2.6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 2.7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan 2.8. Pusat Falak […]

trending_flat

JANM santuni fakir jalanan

KUALA LUMPUR - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menganjurkan program Corporate Social Responsibility (CSR) pada 29 Mac 2024 (Jumaat) kepada fakir jalanan di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Program tersebut adalah dengan kerjasama pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dan juga influencer media sosial terkenal iaitu Abbe Hae. "Sebanyak 150 bakul makanan dan pakaian telah diagihkan kepada fakir jalanan yang akan diserahkan oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid dan juga 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai JANM untuk membantu meringankan bebanan ekonomi mereka dan memastikan keperluan asas makanan dipenuhi. Makanan dan pakaian adalah sumbangan dari warga JANM sendiri." kata JANM. Tambahnya, tujuan program adalah untuk memberikan bantuan kepada fakir jalanan melalui sumbangan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik atau menghadapi kesukaran kewangan. Katanya lagi, selain itu, ia juga merupakan usaha untuk […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation