Mesej dakwa Starbucks dan Coffee Bean ‘Haram’ adalah isu berulang
Oleh : JomCheck Tular semula di aplikasi WhatsApp dengan label ‘forwarded many times’ satu mesej yang mendakwa kedai kopi Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf (biasa disebut Coffee Bean) telah disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Disertakan bersama mesej tersebut adalah beberapa kod bahan yang tidak halal sebagai pembuktian beserta talian JAKIM untuk rujukan. Hantaran ini juga telah memetik nama seorang tokoh agamawan, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed yang kononnya menyeru agar pesanan berkenaan dipanjangkan. Pakatan semakan fakta yang bersama JOMCHECK iaitu Cilisos.my, MalaysiaKini dan MyCheck telah mengeluarkan laporan tentang isu ini dan mendapati bahawa ia tidak tepat. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Isu ini bermula pada tahun 2009 dan sering berulang semula walaupun telah disangkal faktanya berkali-kali. Sumber: Cilisos.my: https://cilisos.my/we-called-jakim-to-check-whether-starbucks-is-halal/ MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/696966 MyCheck: http://www.mycheck.my/more.php?id=2155158 AFP […]