trending_flat

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Berhad ("SCIB" atau "Syarikat) dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan pengesahan oleh pemegang saham Syarikat terhadap dua cadangan penting semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”). ) yang diadakan baru-baru ini. Inisiatif yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengukuhkan rangka kerja kewangan Syarikat dan menyokong operasi Syarikat yang semakin berkembang melalui pengekalan bakat strategik. Cadangan pertama melibatkan permodalan agregat RM11.3 juta hutang yang terhutang kepada Goh Hardware & Construction Sdn. Bhd. ("Goh Hardware") oleh SCIB Properties Sdn. Bhd. ("SCIB Properties"), anak syarikat milik penuh SCIB. Ini akan dicapai melalui terbitan kira-kira 18.5 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM0.611, jauh melebihi harga pasaran semasa RM0.31. Langkah ini dijangka meningkatkan kesihatan kewangan Syarikat dan ketangkasan operasi, mencerminkan pengurusan kewangan berhemat dan pandangan jauh strategik Syarikat. Encik Ku ​​Chong Hong, Pengarah Urusan […]

trending_flat

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun 2017, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah membenarkan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan diambil secara kursus dalam talian dan dibuat secara pindahan kredit oleh pelajar universiti setelah memenuhi syarat tertentu. Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Pelajar lepasan SPM dan STPM kini boleh memulakan pengajian universiti mereka dalam bidang pilihan tanpa menunggu panggilan atau pendaftaran sebagai pelajar mana-mana universiti atau institut pengajian tinggi lain. Dengan cara ini, mereka dapat mencapai 2 matlamat penting. Pertama, meringankan beban pengajian, apabila hanya perlu melengkapkan baki jumlah 70% kredit pengijazahan dengan kursus yang perlu diambil secara bersemuka pada keseluruhan tempoh pengajian, dan kedua, kemungkinan untuk memendekkan tempoh pengajian, oleh kerana telah menyelesaikan sehingga 30% daripada keperluan kredit untuk pengijazahan secara pembelajaran kendiri. Bagi memudahkan kefahaman, mari kita buat andaian berdasarkan situasi seorang […]

trending_flat

Alamanda Putrajaya raikan Anak-anak Yatim Pertubuhan Warisan Suci menjelang Hari Raya Aidilfitri

PUTRAJAYA, 26 Mac 2024 – Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac 2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin. Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya. Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan. Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, “Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan […]

trending_flat

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak membiarkan ketibaan bulan Ramadan berlalu begitu sahaja. Sebaliknya syarikat ini yang juga dikenali dengan nama Inteam Records Sdn Bhd telah menyusun penghasilan pelbagai jenis album termasuk Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, Zikir, Nasyid dan tidak dilupakan juga lagu Raya. Ketika ditemui dalam majlis Ramah Mesra Bersama Media baru-baru ini, Pengarah urusan Inteam Digital saudara Syah Inteam menyatakan "Menjelang Ramadan tahun ini kami menerbitkan beberapa single utama iaitu bermula dengan Asma’ binti Abu Bakar nyanyian Mateen, diikuti Rabiatul Adawiyah 2024 yang menampilkan kolaborasi Inteam dan Khai Bahar diikuti album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz dan inshaAllah akan terbit album nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh artis-artis Inteam Digital, kami turut mengedarkan secara digital single baru Amer binYusoƯ (Ex-RuƯedge) berjudul Lebih 1000 Bulan". Hazamin pula menambah […]

trending_flat

Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber 2024 adalah perlu

KUALA LUMPUR. 27 Mac 2024 - Malaysia mengunjurkan ekonomi digital Negara menyumbang 25.5 peratus menjelang 2025 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 23.2 peratus pada masa ini. Ini menunjukkan bahawa ekonomi digital Negara adalah antara tonggak utama ekonomi Malaysia. Peningkatan prasarana teknologi dan digital ini akan membuka ruang yang lebih besar kepada ancaman siber yang mana rangkaian infrastruktur digital tersambung kepada semua pengguna sama ada Kerajaan, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, organisasi swasta, industri dan orang ramai. Menurut Menurut Digital, Gobind Singh Deo ketika membaca teks pembukaan RUU Keselamatan Siber 2024 di Dewan Rakyat hari ini, Kerajaan telah memutuskan supaya mekanisme dan sistem pengurusan keselamatan siber Negara perlu diberi anjakan paradigma atau ditransformasikan supaya mampu menghadapi sebarang bentuk ancaman siber pada masa kini dan akan datang. "Pengurusan Keselamatan Siber Negara yang proaktif, terselaras dan berkesan memerlukan sebuah institusi yang […]

trending_flat

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (atau SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah: (i) Pertama, memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar; (ii) Kedua, meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada 1,200 ringgit berbanding 600 ringgit pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal 600 ringgit; dan (iii) Ketiga, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan. "Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan […]

trending_flat

Pelaburan MASDAR perlu menerusi penyertaan program TBB

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof memaklumkan bahawa Kerajaan berpegang kepada ketetapan dasar bahawa kelulusan bagi pembangunan projek tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini perlulah dilaksanakan secara telus, adil dan berdasarkan ketetapan regulatori semasa. Oleh itu, pelaburan pihak MASDAR, sebagaimana syarikat pemaju tenaga boleh baharu yang lain di negara ini, perlu dilakukan menerusi penyertaan program TBB sedia ada yang sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut: (i) Program Large Scale Solar untuk pembangunan solar berskala utiliti; (ii) Program Feed-in Tariff untuk pembangunan sumber bukan solar; (iii) Program New Enhanced Dispatch Arrangement untuk pembangunan sumber bukan solar; dan (iv) Rooftop Solar Programme untuk pemasangan solar di bumbung premis bangunan. "Pada masa yang sama, Kerajaan juga sedang merancang dan merangka pelaksanaan akses pihak ketiga atau third party […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation