trending_flat

Old Town White Coffee tiada kaitan dengan Nga Kor Ming

Oleh : JomCheck Timbul dakwaan melalui Facebook oleh pemilik akaun ‘Pakcik Andi' kononnya Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah pemilik rangkaian restoran Old Town White Coffee. Hantaran yang dikongsi lebih 13,000 kali itu mendakwa Nga sering menghina Islam dan menyeru warganet memboikot restoran berkenaan. Hasil semakan oleh rakan JOMCHECK, MalaysiaKini mendapati bahawa dakwaan ini adalah tidak berasas. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Old Town White Coffee dimiliki oleh syarikat minuman Belanda iaitu Jacobs Douwe Egberts sejak 2018. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/699857 Poin penting bagi menyokong status di atas adalah: a. Old Town tidak dimiliki entiti Malaysia selepas diambil alih syarikat minuman Belanda Jacobs Douwe Egberts pada 2018.b. Dakwaan ini dikesan bermula pada tahun 2015 apabila Dato Sri Ismail Sabri mendakwa sepupu Nga Kor Ming iaitu Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebagai pemilik rangkaian restoran itu.c. Pada waktu itu, Old Town […]

trending_flat

Ladang telur tanpa sangkar berskala besar pertama di Malaysia menandakan era baharu kebajikan untuk ayam penelur

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 - Humane Society International, Beacon Mart, Old Town White Coffee dan syarikat induk JDE Peet's telah berkumpul pada 22 Mac untuk meraikan sistem perumahan pengeluaran ayam penelur berskala besar tanpa sangkar pertama di Malaysia. Acara Wings of Progress for Better Welfare menandakan perjanjian persefahaman antara Old Town White Coffee dan Ladang Ayam Penelur Teong Choon untuk menawarkan telur bebas tanpa sangkar di seluruh di Malaysia. Acara itu juga menyaksikan Beacon Mart komited untuk menawarkan secara eksklusif telur daripada ayam bebas sangkar di seluruh rangkaian runcit mereka menjelang 2030. Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Senator Puan Saraswathy Kandasami merasmikan acara itu dan menyampaikan ucaptama yang mengetengahkan kepentingan kebajikan haiwan di kalangan ladang ternakan. Ayam penelur adalah haiwan yang aktif dan sosial tetapi kebanyakan daripada 105 juta ayam yang diternak untuk pengeluaran telur di Malaysia terhad kepada […]

trending_flat

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 - Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu. Setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta, daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024. "Daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1%. Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50% menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024." kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Raml dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Rafizi, orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar. "Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara. Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan." kata […]

trending_flat

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR 25 Mac 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan suasana di bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Antara aktiviti tersebut adalah dengan meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan. Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam. Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada […]

trending_flat

Zahrah impi karier sebagai pakar hartanah yang menyantuni komuniti

Wanita berusia 25 tahun ini baru sahaja mendaftarkan diri ke dalam jurusan Sarjana Muda Sains Harta Tanah pada bulan Oktober 2023. Walaupun mungkin kelihatan agak lewat, dan berusia, jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekuliah yang lain, namun itu bukan menjadi penghalang anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini untuk melanjutkan pengajiannya demi mengejar cita-citanya sebagai pakar hartanah satu masa nanti. “Sejak diperkenalkan kepada bidang hartanah ini oleh bapa saya, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Inilah kerjaya yang mampu menggilap dan menyerlahkan potensi diri saya yang sebenar untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi individu, tetapi juga menjadi manfaat kepada komuniti,” terang Fatimatul Zahrah Mohd Zainal memulakan perbualan. Anak bongsu dari 7 orang adik-beradik ini yang mesra disapa sebagai Zahrah, asalnya bercita-cita menjadi seorang peguam. Namun setelah mula menceburi bidang hartanah secara sambilan ketika berusia 19 tahun, dan berjaya menerima […]

trending_flat

OPS PANTAU 2024 : Sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara

PUTRAJAYA 24 Mac 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menggerakkan lebih kurang 2,200 orang pegawai penguat kuasa di seluruh negara bagi melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menerusi OPS PANTAU 2024 yang dilancarkan bermula 12 Mac lepas. Penguatkuasaan tersebut dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan pengguna seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian. Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 23 Mac 2024, sebanyak 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07. "Sejumlah 685 pemeriksaan di Bazar […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaki di Mindanao, Filipina pada pukul  2:22 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:22 petang, 24 Mac 2024Koordinat: 8.9° Utara 126.5° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.0Jarak: 24km Timur dari Gingoog City,FilipinaKedalaman: 84 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation