Bank Rakyat Santuni Golongan Asnaf di Sekitar Sungai Buloh
SUNGAI BULOH, 23 Mac 2024 – Bank Rakyat terus komited menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada 150 keluarga asnaf yang dikenal pasti di sekitar Sungai Buloh. Program penyerahan sumbangan berkenaan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ramanan Ramakrishnan serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman, bertempat di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Dato’ Ramanan Ramakrishnan dalam satu kenyataan berkata, sumbangan daripada organisasi korporat merupakan satu inisiatif yang amat penting kerana ia mampu memberi impak kepada seluruh masyarakat dan negara dari segi kemakmuran sejagat. “Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mendekati masyarakat setempat menerusi inisiatif sebegini bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ihsannya terhadap kesejahteraan golongan asnaf ini yang mana dilihat sejajar dengan nilai Malaysia MADANI. Sudah tentu menjadi lebih bermakna buat mereka kerana dapat […]