trending_flat

Klip Video Raya: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri, sita telefon dan kad sim

CYBERJAYA, 3 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada hari ini. Dalam satu kenyataan, MCMC berkata rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan. Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. "Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan. Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut." kata MCMC. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588]. Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, […]

trending_flat

Kerajaan Persekutuan Perlu Beri Jaminan Terbuka Bahawa Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan Dilaksanakan Sebelum Belanjawan 2026

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bahawa inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksanakan secara berfasa selama dua tahun melalui kajian emperikal di tiga buah negara. Berdasarkan perkembangan ini, Bersih ingin menyuarakan kekhuatiran kemungkinan agenda besar ini akan dilengahkan hingga ambang pilihan raya umum akan datang yang membawa kepada kegagalan untuk ia direalisasikan dalam mandat Kerajaan Perpaduan sedia ada. Bersih ingin mendapatkan penjelasan daripada YB Azalina: i) Adakah tempoh masa dua tahun yang diumumkan dalam kenyataan beliau semalam adalah tambahan masa kepada apa yang diumumkan oleh beliau pada tahun lepas? Pada 18 Ogos 2023, YB Azalina menyatakan bahawa kajian empirikal yang komprehensif berkaitan agenda ini akan berjalan dalam tempoh setahun iaitu berakhir pada tahun ini yang akan […]

trending_flat

Pengusaha Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live

KUALA LUMPUR, 3 April 2024 - Mikaseries - jenama kecantikan yang diasaskan oleh ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman, dibina berbekalkan semangat keusahawanan, inovasi, dan keterangkuman menikmati kejayaan sepanjang enam tahun di platform Shopee. Diinspirasikan daripada pengalamannya sebagai artis yang mendapati terdapat permintaan terhadap alat solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri. Mikaseries diperkenalkan pada 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey mendapat sokongan penuh dari Shopee dalam beliau melayari perjalanan e-dagang. "Shopee Live adalah alatan perniagaan bertransformatif,” kata Zoey. “Ianya bukan sahaja untuk mempamerkan produk; tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif. Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation