trending_flat

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Kota Raja, saya tekankan keperluan untuk kita kembalikan kegemilangan UMNO di Selangor. Dalam PRU 2022, UMNO mencatatkan prestasi terburuknya dalam sejarah. Satu kerusi pun tak menang. Kemudian kita tiba ke PRN. Cuma menang dua kerusi. Kalah teruk lagi. Selepas UMNO Selangor kalah teruk PRN Selangor, saya nyatakan bahawa ini adalah amaran terakhir untuk UMNO Selangor. Kalau keputusan PRN tu masih belum celikkan UMNO Selangor, tak ada apa yang boleh celikkan UMNO Selangor. Sekarang ni dah 8 bulan lepas PRN, masih tak ada apa-apa. Post mortem mendalam? Tak ada. Strategi baru tawan hati rakyat? Tak ada. Jadi, kalau pandangan saya tentang keperluan mendesak untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor tidak diterima, saya kira lebih baik saya tumpukan kepada membantu UMNO di peringkat pusat & di peringkat […]

trending_flat

MCMC Siasat Penyebar Kandungan Palsu Mengenai Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

CYBERJAYA, 6 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun. "Semalam, empat (4) daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC. Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan." kata MCMC. Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Justeru, MCMC […]

trending_flat

Jangan sia-siakan peluang buat pecutan di akhir Ramadan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Keghairahan kita dalam melaksanakan ibadat seperti mengkhatamkan al-Quran, bertadarus, bertarawih adalah suatu yang dipuji, namun terdapat beberapa ibadat yang seringkali dianggap remeh dan terlepas pandang dalam pengamalannnya namun mempunyai fadilat yang besar di sisi Allah SWT. Di sini disenaraikan tiga perkara atau kesalahan kecil yang perlu diberi perhatian dalam menyemarakkan lagi semangat di dalam pesta ibadat Ramadan supaya kita tidak terlepas meraih fadilat berganda di dalam bulan yang mulia ini. Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar 1) Meninggalkan jemaah tarawih sebelum imam selesai Di Malaysia, terdapat kebiasaan dalam pengurusan masjid bagi penunaian ibadat solat tarawih iaitu 20 rakaat dengan 3 rakaat witir atau 8 rakaat dengan 3 rakaat witir. Antara kesalahan yang sering berlaku dalam menunaikan ibadat ini, bagi mereka yang solat di Masjid yang melaksanakan solat tarawih 8 rakaat, mereka meninggalkan jemaah […]

trending_flat

Tidak Wajar Untuk Najib Habiskan Baki Hukuman Penjara di Rumah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada dakwaan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bahawa wujudnya bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, yang membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. BERSIH menegaskan berdasarkan pengamalan semasa, hukuman tahanan rumah hanya boleh diberikan kepada banduan yang terlibat dalam kesalahan kecil iaitu yang menjalani hukuman penjara selama empat tahun dan ke bawah menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Tambahan pula, beliau masih memiliki beberapa pertuduhan jenayah berat yang masih berjalan di mahkamah. Namun, sekiranya banduan yang terlibat dalam kes jenayah berat seperti Dato’ Sri Najib mendapat keistimewaan tahanan rumah, adalah lebih adil untuk keistimewaan tersebut diberikan kepada banduan lain yang lebih memerlukan khususnya banduan wanita yang masih mempunyai anak kecil. Justeru, BERSIH menegaskan prinsip keadilan sedarjat dalam sudut […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation