trending_flat

MCMC sita telefon dan kad sim pengendali akaun media sosial Mynewshub

CYBERJAYA 13 April 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor kira-kira jam 8:40 malam semalam. Ia adalah susulan tindakan suspek tersebut memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. "Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut. Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan." kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC turut berkata bahawa pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!". "Muat naik kandungan yang mempunyai niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu pihak lain seumpama […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 2:26 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:26 petang, 13 April 2024Koordinat: 2.3° Utara 126.8° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.2Jarak: 181km Utara dari Ternate,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 - Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato' Seri Tiong King Sing menzahirkan rasa besar hati beliau dengan keputusan Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyertai parti pimpinan beliau baru-baru ini. Kata Tiong dalam satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau hari ini, beliau yakin penggabungan kedua-dua parti akan memperkukuhkan lagi kekuatan masing-masing serta membina kerjasama erat antara pihak-pihak yang terlibat. "Keputusan penggabungan ini perlu diterima dengan positif dan saya menyeru semua ahli parti menyambut baik penyertaan PSB demi memastikan kedudukan parti yang lebih terjamin pada masa depan. Dengan penuh harapan, saya ingin melihat ahli parti dari kedua-kedua belah pihak menjalinkan kerjasama yang erat bagi terus memperkasakan parti. Marilah kita saling berganding bahu untuk mengukuhkan kedudukan PDP!" ujar Tiong yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)dan Ahli Parlimen Bintulu. Beliau turut berkata bahawa cara pengamalan politik lama harus […]

trending_flat

Malaysia apa yang akan kita wariskan?

Oleh: Dr Alwani Ghazali Ramadan adalah bulan mulia, bulan barakah dan bulan terbaik mengutip pahala berganda. Dari sisi yang lain juga Ramadan tidak menjanjikan pulangan ganjaran lumayan jika tiada ujian di dalamnya. Dr Alwani Ghazali Pada Ramadan tahun ini umat Islam sedunia menyaksikan penderitaan saudara mereka di Palestin, Syria dan Lubnan. Bahkan nasib saudara Muslim di Myanmar dan Kemboja juga masih di tahap yang menyedihkan. Di samping ujian ketidakcukupan dan kesedihan, dalam konteks Malaysia, masyarakat Muslim juga tidak kurang diuji dengan emosi pelbagai yang lain. Dapat dikatakan bahawa emosi yang mendominasi ruang awam ketika ini adalah emosi marah yang masih belum reda. Ia bermula sejak isu ditulisnya kalimah Allah di atas stoking yang dijual di KKMart, dan baru-baru ini, timbul pula kontroversi sejurus tularnya video YBM Fadhlina Sidek yang berkongsi pada kelompok kecil guru agama berkenaan praktis beliau dengan anak-anak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation