Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku
Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 12:41 pagi hari ini. Semalam ia berlaku pada jam 2:26 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:41 pagi, 14 April 2024Koordinat: 1.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 145km Timur dari Bitung,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.