trending_flat

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir ke Sekolah Sri Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan para atlet dari Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) sebelum mereka berlepas ke Orlando, Amerika Syarikat di mana mereka akan bertanding di Kejohanan Sorak Dunia 2024. CHARM turut menerima RM50,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai kejohanan itu. Di samping itu, CHARM juga menerima RM30,000 daripada peruntukan Menteri sebagai sokongan untuk aktiviti mereka. Jumlah RM50,000 diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN) merupakan salah satu inisiatif dana yang diperuntukkan di bawah KBS. Pasukan itu terdiri daripada 20 orang atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan. “Apabila belia kita terlibat dałam sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. […]

trending_flat

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2024 pada hari ini. Mesyuarat tersebut berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan. Ia termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation). Menurut Dr. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak dua (2) kertas pertimbangan dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat JKPS tersebut, iaitu Pelan Industri Sukan dan Kerjasama Strategik Antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), Kementerian Belia Dan Sukan Dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan Dalam Pendidikan Anti-doping. "Mesyuarat juga bersetuju semua Kementerian yang terlibat perlu menggalas peranan masing-masing dalam menambahbaik program, kemudahan dan peralatan sukan bagi menampung perubahan populasi negara yang dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030. Menurut […]

trending_flat

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 - Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Dato' Sri Najib Razak untuk tidak membenarkan pihak media membuat liputan prosiding pemohon mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan bahawa ia perlu dibuat secara terbuka dan telus kepada umum. Ulas BERSIH, ia disebabkan oleh kes tersebut membabitkan individu berprofil tinggi, serta melibatkan kes kepentingan umum serta dana awam seperti yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan sebelum ini. "Perbicaraan kes berprofil tinggi sebegini harus dilihat telus dan terbuka kerana orang ramai berhak mengetahui kedudukan sebenar perjalanan kes yang sedang dibicarakan. Namun jika tidak, ia akan menimbulkan persepsi dua darjat yang boleh menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi keadilan negara […]

trending_flat

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam yang berjihad melawan hawa nafsu ketika sebulan berpuasa. Keseronokan dan kegemaran terhadap nikmat makan, minum, dan pasangan wajib ditinggalkan sepenuhnya pada waktu siang demi memenuhi tuntutan rukun Islam yang ketiga: berpuasa di bulan Ramadan, yang bermula terbit matahari hingga tenggelam di ufuk barat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183) Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Umat Islam dikurniakan dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang disambut sejak zaman Rasulullah SAW hingga hari ini demi kelestarian Sunnah Nabi sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya perkara yang pertama kita mulakan pada hariraya kita ini ialah kita sembahyang, kemudian kita kembali ke rumah lalu kita menyembelih […]

trending_flat

DVS tubuh task force kesan ladang-ladang ternakan tidak diketahui punca bekalan

PUTRAJAYA, 17 April 2024 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang menangani isu penjualan kambing sama ada hidup atau disembelih yang tular di dalam negara kebelakangan ini. Menurut DVS dalam satu kenyataan semalam, pihaknya kerap mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang melanggar perundangan veterinar terutamanya berkaitan pemindahan dan penyembelihan kambing. "Perlu diberi perhatian, setiap pemindahan ternakan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Veterinar Negeri dan bagi tujuan penyembelihan perlu dilakukan di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan. Bagi memastikan pematuhan perundangan veterinar, DVS juga mendapat kerjasama agensi lain terutamanya dari pihak Polis dan Pasukan Gerakan Am sama ada melalui perkongsian maklumat mahupun tindakan penguatkuasaan." kata DVS. DVS turut mengambil perhatian peningkatan jualan kambing dengan harga luar biasa murah kerana dikhuatiri bekalan diperolehi daripada punca yang tidak dapat dikenalpasti status kesihatan ternakan berkenaan. "Bagi ternakan yang dibawa masuk dari luar negara, proses kuarantin […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation