trending_flat

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung, Kerepek Azharfood, penjual kerepek tradisional, mula guna Shopee Live pada Oktober 2023 dan kian membina hubungan kukuh dengan penonton. Penggunaan berinovatif mereka terhadap Shopee Live untuk berhubung dengan penonton dan dedikasi mereka dalam menggunakan bahan berkualiti tinggi pacu kejayaan dalam talian mereka yang membawa peningkatan jualan 80% dalam masa 6 bulan. Hari ini, Kerepek Azharfood terus berkembang maju dalam talian, memiliki lebih 100,000 pengikut setia di Shopee hasil kejayaan mereka mengadaptasi dunia digital. Kerepek Azharfood Menakrif Semula Penglibatan dengan Kandungan Shopee Live yang Menarik Perhatian Kerepek Azharfood nampak kekangan terhadap kedai fizikal dan secara aktif bertukar kepada strim langsung. Perubahan strategi ini membolehkan mereka mengembangkan kecapaian dan berhubung dengan penonton secara lebih meluas melalui penciptaan kandungan dalam talian yang lebih menarik perhatian ramai. Mohamad Syahme Bin Azhar, Pengurus […]

trending_flat

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di negara yang madani, aman dan sentosa, dengan menikmati juadah mewah, berpakaian indah dan bergelak ketawa, jangan sesekali kita alpa dan melupakan nasib yang menimpa saudara seagama kita di luar sana, yang masih lagi menderita kebuluran akibat peperangan. Dr. Mohd Istajib Mokhtar Di Palestin, derita yang dialami umat Islam di sana bukan sedikit, malah diancam genosid. Di sana, mereka berpuasa dalam keadaan berjaga-jaga, penuh debar, tanpa sahur dan iftar. Tetapi mereka tetap tidak berputus asa melangkahkan kaki ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat tarawih tanpa mengenal erti kalah, lelah dan letih. Mereka sememangnya “pemenang” yang tidak dipertikaikan dan berhak menyambut kemenangan Aidilfitri yang hakiki. Persoalannya, apakah kita di sini sudah memahami erti dan berhak meraikan kemenangan Aidilfitri? Hari Kemenangan Aidilfitri Kita semua mengetahui dan memahami bahawa Aidilfitri adalah salah […]

trending_flat

Hajar ingin bawa masyarakat cakna dengan isu semasa yang beri kesan kepada generasi akan datang

Berbeza dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai, malah turut berpeluang mengetuai, beberapa program yang dianjurkan di sekolah dan universiti. “Memang ramai yang menganggap saya seorang yang pendiam dan ‘introvert’. Namun saya sebenarnya lebih gemar bersuara apabila perlu, terutamanya apabila menyuarakan pendapat yang mampu memberikan impak kepada pemegang taruh di sekeliling, baik warga kampus mahu pun orang awam,” kata anak kelahiran Putrajaya ini memulakan perbualan. Siti Hajar Badzlin Ghazali, mahasiswa tahun akhir jurusan sains bioperubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya ini bukan sahaja aktif di kampus, malah turut mengambil peluang untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat dengan menjadi Ahli Parlimen Belia mewakili kawasan Putrajaya. “Pada mulanya tidak pernah pun terlintas di fikiran saya untuk menawarkan diri untuk menjadi ahli parlimen belia, namun setelah melihat potensi untuk menyumbang kepada komuniti menerusi platform ini, […]

trending_flat

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil serius akan pengumuman menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB), oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming. Dilaporkan sejumlah RM5.21 juta telah diperuntukkan dalam sebuah Program Sentuhan Kasih KPKT pada 18 April 2024 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.  BERSIH melihat pengumuman ini telah melanggar garis panduan Larangan 3C: No Conditions (tidak bersyarat), No Campaign (tidak berkempen) dan No Candidates (tidak bawa calon) yang telah digariskan BERSIH sejak Pilihan Raya Negeri 2023 yang lepas kepada kerajaan bukan sementara (non-caretaker government) , seperti Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam konteks pilihan raya kecil.  Seperti dilaporkan media, Nga Kor Ming turut menyeru penduduk balik kampung dan meminta mengundi parti yang “baik, prihatin, progresif” walaupun tidak menyebut mana-mana parti politik dalam kerajaan. Peruntukan khusus kepada KKB […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation