trending_flat

Sidang Kemuncak KL20 2024: Kerajaan Melancarkan Inisiatif Menyeluruh untuk Menjadikan Kuala Lumpur antara 20 Hab Pemula Terbaik Global

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kerajaan Malaysia berhasrat untuk melonjakkan kedudukan Kuala Lumpur ke tangga teratas 20 hab pemula terbaik global menjelang tahun 2030. Beberapa cabaran utama yang sering di hadapi oleh syarikat pemula di Malaysia  seperti akses kepada pendanaan, mengatasi halangan kawal selia dan usaha menarik bakat-bakat terbaik perlu ditangani segera untuk mencapai matlamat itu. Menyedari hakikat itu, kerajaan telah menganjurkan Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur pada 22-23 April, dengan tujuan untuk merangsang landskap pemula di Malaysia. Sidang kemuncak yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi itu menggariskan bagaimana kerajaan sedang melancarkan dasar serta pelan bagi menyokong pertumbuhan kumpulan bakat dan memupuk ekosistem keusahawanan yang dinamik. KL20 menampilkan pelancaran 10 inisiatif penting dan 50 penceramah pakar.  Kertas Tindakan dan Sorotan KL20  Pada acara itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Kertas Tindakan KL20, sebuah […]

trending_flat

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 - Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 70% rakyat Malaysia Gen Z akan membeli dalam talian jika mereka yakin adanya pengalaman penghantaran yang lancar. Responden yang ditinjau mengutamakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan boleh dihantar keesokan harinya setiap kali mereka ‘check out’. Dua pertiga Gen Z yang ditinjau mengatakan keyakinan terhadap Shopee adalah kerana praktis pemenuhan pesanan. Mereka sering mengambil maklum tentang pilihan penghantaran fleksibel platform, jaminan tepat waktu testimoni pelanggan tentang penghantaran produk yang diterima dalam keadaan yang baik, dan menggunakan jejak pesanan secara langsung secara konsisten untuk ketenangan minda. Kajian ini juga mendapati 70% Gen Z lebih berkemungkinan untuk beralih dari platform media sosial ke web e-dagang seperti Shopee untuk melengkapkan pembelian. Memahami sifat pembelian yang sering berubah ini, Shopee […]

trending_flat

Kejayaan Aidilfitri dan solidariti bersama mereka di Palestin

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh 1 Syawal 1445 H kali ini sekali pun disambut seperti biasa dengan kegirangan dan kegembiraan oleh umat Islam di seluruh dunia, namun hati mereka sentiasa dihurung kesedihan mengenang nasib yang sedang menimpa saudara mereka di Gaza, di bumi Palestin yang merdeka. Di kala kita di Malaysia ini sedang seronok menghias rumah untuk menyambut lebaran mereka pula sedang bermati-matian mencari perlindungan dan mungkin juga ahli keluarga yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang dibedil oleh penjenayah rejim Israel. Konflik yang sudah memasuki bulan keenam belum menunjukkan noktahnya. Israel yang sentiasa dibantu oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Britain masih menunjukkan lagak dan bongkak mereka sekalipun dikecam seluruh penduduk dunia. Kedegilan yang mirip dengan keras kepala nenek moyang mereka di kalangan Bani Israel yang enggan mentaati perintah nabi-nabi mereka seperti yang dirakam oleh Al-Quran. Dr. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation