trending_flat

Gempa bumi sederhana melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 1:49 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:49 petang, 22 Mei 2024Koordinat: 0.0° Utara 123.8° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.5Jarak: 91km Tenggara dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 90 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

AIR ASIA Sekat Kemasukan Khinzir, Patuh Peraturan Terkait Demam Babi Afrika

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu notis daripada syarikat penerbangan AirAsia berkenaan pengharaman membawa masuk daging babi dan hasilnya ke Malaysia. Ada warganet yang mengertikan sekatan tersebut sebagai bersifat perkauman dan mengaitkannya dengan elemen politik sehingga tercipta istilah ‘Madanistan’ sebagai satu lagi tanda konservatisme agama yang semakin meningkat di Malaysia. Hasil penelitian semakan oleh rakan JOMCHECK iaitu MalaysiaKini mendapati: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Larangan itu dibuat bagi membendung penularan wabak Demam Babi Afrika. Peraturan ini turut digunakan di pelbagai negara lain seluruh dunia. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/705413 Beberapa poin penting yang telah dikenalpasti adalah: a. Sekatan ini dilakukan bagi menjaga keselamatan biologi bagi melindungi jangkitan ke dalam negara yang diambil oleh pelbagai negara.b. Semua aktiviti membawa masuk makanan termasuk daging tertakluk kepada Warta Kerajaan bertajuk Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.c. […]

trending_flat

Pencemaran bahasa pada papan iklan membimbangkan

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain, Nur Afifah Abd Rahman Halawa Pencemaran bahasa pada papan iklan adalah fenomena yang menimbulkan ancaman besar terhadap integriti linguistik dan warisan budaya. Isu ini ditunjukkan melalui penggunaan bahasa yang tidak betul, termasuk kesalahan tatabahasa, kesilapan ejaan dan ungkapan slanga. Perkara ini akan memberi kesan kepada pendidikan bahasa dan identiti budaya. Kemunculan kosa kata baharu dalam pengiklanan seiring dengan perkembangan globalisasi telah mempercepat evolusi yang mengenepikan peraturan linguistik. Dari segi sejarah, papan iklan telah menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang jelas dan ringkas kepada khalayak. Peralihan ke arah bahasa yang lebih sensasi dan menarik perhatian menjejaskan standard tatabahasa bahasa Melayu. Walaupun terdapat peraturan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan betul, namun peraturan ini seolah-olah dipandang sebelah mata. Kalaupun ada penguatkuasaan, tindakan itu hanyalah “bermusim”. Salah satu aspek pencemaran bahasa yang paling ketara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation