trending_flat

Mungkin masanya sudah tiba

Oleh: Dr Mohd Firdaus Abdullah Kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan dunia berganda dalam Piala Dunia Sepak Takraw kategori Regu dan Bergu kelmarin menandakan satu pencapaian bersejarah. 2011 merupakan tahun pertama Piala Dunia Sepak Takraw diadakan di tempat yang sama, tetapi ketika itu, regu Malaysia telah tewas kepada Thailand 3-0. Penampilan kali ini bukan sahaja menamatkan penantian selama 13 tahun, tetapi kemenangan menewaskan Thailand dalam kedua-dua kategori menjadikan ia satu sejarah yang amat bermakna dalam sukan sepak takraw Malaysia. Kemenangan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada negara, tetapi juga membuka lembaran baru dalam usaha menaikkan keterlihatan sukan sepak takraw di mata dunia. Lebih membanggakan, kejayaan ini dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand, yang selama lebih sedekad mendominasi arena sepak takraw antarabangsa. Dr Mohd Firdaus Abdullah Malaysia kini berada dalam posisi yang kukuh untuk mempromosikan sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan […]

trending_flat

Video Dakwa 182 Cawangan Coffee Bean Tiada Sijil Halal Tidak Benar

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) JomCheck menerima satu video daripada TikTok yang mendakwa kononnya hampir kesemua cawangan francais restoran The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) tidak mempunyai sijil pengesahan halal. Video berkenaan yang menggunakan fungsi ‘screen record’ berkongsi hasil cariannya di Google dengan kata kunci “Coffee Bean Halal” kemudiannya telah merujuk ‘snippet’’ laporan penyemak fakta MyCheck Malaysia. Penelitian kami mendapati bahawa video berkenaan telah memanipulasikan laporan sebenar MyCheck Malaysia dengan hanya menjadikan ‘snippet’ laporan MyCheck Malaysia selaku sumber rujukan video. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Paparan ‘snippet’ dari laman MyCheck tidak menggambarkan isi sebenar artikel yang disiarkan. Semakan yang dilakukan di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM mengesahkan bahawa pensijilan halal restoran The Coffee Bean & Tea Leaf adalah masih aktif. Sumber: https://www.mycheck.my//more.php?id=2296081 Isi penting yang perlu diberi perhatian adalah: a. Laporan asal MyCheck menjelaskan […]

trending_flat

Awas scammer badal, visa dan pakej haji!

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Laporan sejumlah warga Malaysia yang terkandas di Mekah kerana ingin mengerjakan haji tanpa visa haji sangat mengejutkan. Ditambah lagi dengan skandal yang melibatkan pakej badal haji yang meragukan, dan pakej haji yang mengelirukan. Di samping itu, terdapat juga segelintir jemaah umrah yang tidak kembali ke tanah air pasca mengerjakan ibadat umrah untuk meneruskan ibadah Haji tanpa visa haji. Di negara jiran dilaporkan bahawa sejumlah 100 ribu jemaah umrah tidak kembali ke Indonesia kerana ingin meneruskan ibadah haji. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Secara asasnya, setiap tahun wujud isu yang berulang, iaitu adanya rangkaian jenayah dalam perlaksanaan rantaian ibadah haji. Jelas, bahawa minda jenayah akan melihat setiap peluang dan ruang yang ada walaupun ia melibatkan ibadat yang disyariatkan Allah SWT. Ia adalah peluang perniagaan yang lumayan kerana melibatkan jumlah keuntungan yang besar. Keterujaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation