trending_flat

Pengalaman berharga melalui Program Mobiliti Mahasiswa UPSI di Indonesia.

Setiap perjalanan dan pengembaraan ke sesuatu tempat dapat membuka minda dan perspektif seseorang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Justeru, hal ini dapat memberi seribu satu kebaikan lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan. Sekumpulan mahasiswa/i dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai dan terlibat dalam sebuah program mobiliti mahasiswa di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten (UIN SMH Banten) Indonesia pada Disember 2023. Seramai 15 orang yang terdiri daripada mahasiswa/i mewakili tiga jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Jabatan Kaunseling telah mengikuti program mobiliti mahasiswa di sana. Penyertaan dalam program mobiliti di Indonesia yang berlangsung selama 8 hari sememangnya merupakan peluang keemasan buat mahasiswa UPSI. Hal ini demikian kerana program mobiliti yang diadakan membolehkan mahasiswa UPSI untuk saling bertukar ilmu selain dapat mengenali budaya unik warga Indonesia. Kuliah bersama Antara aktiviti menarik yang diadakan sewaktu program […]

trending_flat

KPKT iktiraf perkhidmatan cemerlang PPW dan PPG melalui penganjuran Anugerah Kredit Madani 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit MADANI (AKM) 2024 bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada pagi semalam. Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh KPKT ini bermula tahun 2024 dan akan dilaksanakan secara dwitahunan. Anugerah itu merupakan satu bentuk pengiktirafan atas inisiatif, usaha berterusan, tatakelola perniagaan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ia antara lain menunjukkan tahap profesionalisme dan pematuhan akta/peraturan yang tinggi, memberi sokongan kewangan keusahawanan, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sebagainya. Sehingga 30 April 2024, terdapat 4,416 PPW berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan 881 PPG berlesen di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81). Terdapat tujuh […]

trending_flat

“Ronggeng Melayu” pembuka tirai PST2024

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) terus komited dalam menyemarak dan memartabatkan seni budaya negara dengan pelaksanaan Panggung Seni Tradisional 2024 (PST2024) bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC). Menurut JKKN, PST kembali lagi tahun ini dengan persembahan yang lebih menarik dan menghiburkan. "PST merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu tari, muzik dan teater. PST ini merupakan langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian tradisional ke tahap yang lebih cemerlang. PST bukan sahaja untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian […]

trending_flat

Zizan Razak Promo Aplikasi Judi? Itu Adalah Manipulasi Guna AI

Oleh JomCheck Terdapat iklan di Facebook (Facebook Ads) dalam bentuk video yang memaparkan imej artis terkenal Malaysia, Zizan Razak mempromosi aplikasi judi. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Perkara ini menimbulkan persoalan kerana Zizan adalah artis beragama Islam dan perbuatan judi diharamkan oleh agama. Rakan JomCheck iaitu Arus Academy membuat semakan terhadap video ini untuk memastikan kesahihannya: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Video berkenaan mempunyai cukup ciri-ciri video yang telah disunting menggunakan teknologi AI Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=RTvMCeZ33ic Antara cara untuk mengenalpasti video yang menggunakan teknologi AI adalah: a. Ketidaksepadanan gerak bibir dengan audio percakapan watak di dalam video yang boleh dilihat tidak sepadan.b. Warna kulit yang tidak semula jadi dan ada kesan kabur pada bahagian yang cuba diubah.c. Kesahihan identiti pengiklan boleh diragui kerana mempunyai jumlah pengikut yang sedikit dan interaksi yang rendah. Secara kesimpulannya, jangan terus menyebarkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation