trending_flat

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 - Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang. Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.* Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang […]

trending_flat

Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam Siap dilaksanakan

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi hari ini. Justeru, bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 28 Mei 2024 (Selasa). "Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Kepulauan Tonga

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Kepulauan Tonga pada pukul 4:47 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:47 pagi, 27 Mei 2024Koordinat: 19.5° Selatan 174.5° BaratLokasi: Kepulauan TongaMagnitud: 6.3Jarak: 752km Timur dari Laucala,FijiKedalaman: 138 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation