trending_flat

Gerbang pembayaran FinTech Msia, Curlec by Razorpay mengumumkan kerjasama bersama TNG Digital membolehkan pembayaran berulang untuk PKS & komuniti yang kurang akses perkhidmatan bank di seluruh negara

Lebih dua juta perniagaan dan lebih 21 juta pengguna disahkan daripada golongan PKS, kawasan luar bandar dan demografi yang lebih muda di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada kebolehcapaian kewangan. Curlec ialah salah satu gerbang pembayaran pertama yang mengintegrasikann pembayaran berulang dengan TNG eWallet. KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 - Gerbang pembayaran teknologi kewangan (FinTech) terkemuka Malaysia, Curlec by Razorpay, yang memproses sehingga 10,000 transaksi sesaat, dengan lebih 2,000 pelanggan tempatan dan lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia, mengumumkan kerjasama bersama syarikat FinTech bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital, pengendali TNG eWallet. Diintegrasikan secara langsung dengan TNG eWallet, ini membolehkan Curlec bekerjasama untuk memperkasakan pasaran yang kurang mendapat liputan bagi meningkatkan keboleh capaian kewangan buat peniaga dan pengguna di seluruh negara. Ini termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), individu tanpa bank di kawasan luar bandar, dan generasi muda yang […]

trending_flat

Menangani sikap anti-sosial kanak-kanak di tadika dan taska

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Sejak akhir-akhir ini terdapat keluhan-keluhan yang amat membimbangkan daripada segelintir pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) berkaitan tingkah laku anti-sosial kanak-kanak di pusat asuhan mereka yang rata-ratanya mula menunjukkan perubahan yang agak luar biasa. Namun, situasi ini bukan berbentuk positif terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut malahan ianya menimbulkan rasa gusar sekiranya ianya tidak dibendung sedari awal. Dr Abd Razak Zakaria Tingkah laku tidak pandai bergaul dengan kanak-kanak lain dan menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri amat ketara dalam kalangan kanak-kanak di Taska dan Tadika. Mereka juga tidak mahu berkongsi permainan dan peralatan dengan rakan, dan tidak pandai menjaga tingkah laku dalam pergaulan. Jika hendak marah, mereka terus sahaja membaling, memukul dan menggigit tanpa ada rasa belas terhadap rakan. Sikap ini menjadikan mereka sering bergaduh dengan rakan lain dan kadangkala bertindak di luar batas, […]

trending_flat

Amni yakin pendidikan STEM buka peluang kerjaya yang luas

“Saya agak terkesan apabila terbaca data Kementerian Pendidikan Malaysia seramai 300,000 orang pelajar lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dan lebih memilukan apabila hanya 15 peratus pelajar memilih aliran sains ketika naik ke Tingkatan Empat di sekolah. Jika beginilah senarionya, mana mungkin negara kita berharap untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2030?” tanya gadis ini ketika memulakan perbualan. Amni Sahira Muhammad Azam, 25, mahasiswa tahun akhir jurusan kaunseling dari Universiti Malaya ini sememangnya lantang mengeluarkan pendapat apabila perbualan berkisar mengenai kepentingan pendidikan dan hala tuju kerjaya belia pada masa hadapan. “Sebagai bekas pelajar aliran sains, saya secara peribadi berasa kecewa kerana ramai di kalangan pelajar sekolah masih mempunyai persepsi negatif terhadap subjek-subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik yang dikatakan sukar. Walaupun saya tidak nafikan terdapatnya cabaran mengikuti subjek-subjek tersebut, namun manfaat yang boleh dinikmati […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation