trending_flat

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melancarkan produk baharu KitKat® Dark 52% keluaran Nestlé (Malaysia) Berhad dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko LKM, Nilai, Negeri Sembilan,semalam. Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), produk KitKat® Dark 52% tersebut merupakan produk coklat single origin Borneo yang menggunakan 100 peratus biji koko Malaysia daripada Sabah dan Sarawak. "Pengeluaran sumber koko daripada Borneo tersebut adalah menerusi kaedah pengurusan tanaman mampan (sustainable agriculture) yang berpotensi untuk dimajukan serta berupaya mengangkat nama biji koko Borneo agar lebih dikenali di persada antarabangsa." kata KPK. Tambahnya, kerjasama antara LKM dan Nestlé merupakan inisiatif Nestlé Borneo Cocoa untuk memberi fokus kepada pengeluaran koko mampan serta memupuk kesedaran kepada petani serta komuniti mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar di samping mengamalkan aktiviti penanaman berasaskan teknologi hijau. […]

trending_flat

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) menerbitkan 13 dokumentari biografi terbaharu bertajuk “DIA”. Dokumentari eksklusif ini bersiaran mulai 6 Mei, setiap Isnin, 10.00 malam menerusi saluran Okey dan RTMKlik.    DIA menelusuri susur galur, perjuangan dan asam garam kehidupan tokoh-tokoh ternama, personaliti viral yang membawa impak positif, ahli sukan dan insan seni kreatif. Episod pengenalan mengangkat kisah yang dilalui wanita cekal bernama Masyitah Mohd Afandy yang buta selepas kemalangan jalan raya dan perkongsian daya juang beliau meneruskan liku-liku kehidupan sangat wajar dicontohi dan dan diteladani penonton. Turut mewarnai dan menghiasi DIA termasuklah Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Dato’ Baharuddin Abu Kassim, Dato’ Aripin Said, Zaiton Sameon, dan Datuk Marina Chin. DIA ialah hasil sentuhan pasukan penerbitan berpengalaman diterajui Nawar Hani Kamaruddin sebagai Penerbit Eksekutif, Hisyamuddin Ahmad […]

trending_flat

IRC 2024: Menyelaras Keselamatan dan Inovasi Untuk Masa Depan Digital Yang Lestari

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 - Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur pada hari ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 800 peserta dari ASEAN, Korea, Australia dan United Kingdom dengan matlamat untuk menangani isu-isu penting berkaitan inovasi digital dan kawal selia. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Tema persidangan tersebut adalah ‘Aligning Innovation with Safety for a Sustainable Future,’ dan dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “Sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk memacu inovasi dan memanfaatkan kepakaran teknologi,MCMC telah menghimpunkan barisan pakar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pengawal selia, penggubal dasar dan delegasi ASEAN, untuk bertukar pandangan, memupuk kerjasama dan mempengaruhi trajektori kawal selia dalam landskap global yang semakin berkembang. Saya juga ingin mengumumkan bahawa Malaysia sedang giat merangka undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian bagi menangani ancaman dalam talian […]

trending_flat

Shopee Mengutamakan Pengalaman Membeli-Belah secara Lancar dengan Pengenalan Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 - Shopee Malaysia melancarkan program Jaminan Tepat Waktu hari ini untuk memperkasakan pembeli dengan jaminan pemenuhan pesanan oleh semua pembekal logistik Shopee (Shopee Supported Logistics (SSL)). Shopee menguatkan komitmen program ini dengan baucar RM5 untuk semua penghantaran yang melebihi waktu penghantaran yang dijanjikan. Ini membolehkan pengguna aplikasi Shopee seluruh negara dengan jaminan mereka akan menerima bungkusan mereka dalam waktu yang dijanjikan dan disokong oleh praktis pemenuhan pesanan yang diwujudkan Shopee.  Program Jaminan Tepat Waktu dibina atas komitmen teguh Shopee untuk membekalkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan selamat untuk pembeli bijak digital. Ini termasuk membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang pantas dan lebih fleksibel seperti Penghantaran Hari Esok (Next Day Delivery), Penghantaran Segera (Instant Delivery), dan peningkatan titik pengambilan sendiri (self-collection) Shopee. Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, berkata, “Shopee […]

trending_flat

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia menghasilkan lebih 8 juta tan metrik sisa makanan setiap tahun, atau hampir 20 ribu tan setiap hari. Lebih memeranjatkan, 24 peratus daripada jumlah ini, atau sekitar 4 ribu tan sisa tersebut merupakan makanan yang masih elok untuk dimakan. Jumlah ini dikatakan mencukupi untuk menyediakan makanan sebanyak 3 kali sehari kepada 2.9 juta individu. Menyedari hakikat ini, seramai 10 orang mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah meluangkan masa bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘The Lost Food Project’ menyelamatkan lebih 100 kilogram sayur-sayuran dan buah-buahan dari pasar dan pembekal di seluruh Lembah Klang, baru-baru ini. Sayur tersebut kemudiannya telah diagihkan kepada PPR sekitar Kuala Lumpur. Sukarelawan dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Muhammad Irfan Mohd Sukri “Walaupun kami hanya berkesempatan untuk menyertai aktiviti […]

trending_flat

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj denda satu peratus setiap hari jika pengguna tidak membuat pembayaran pada waktu yang ditetapkan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ia turut menyertaan ‘kiraan’ caj lewat bayar iaitu jumlah bil yang perlu dibayar akan didarab dengan peratusan yang mengikut hari bayaran lewat. Sebagai contoh, sehari lewat satu peratus dan lima hari lewat lima peratus. Semakan JomCheck mendapati TNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook rasmi mereka (TNB Careline) bagi menepis dakwaan berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai sebaran informasi palsu. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Formula sebenar caj lewat bayar oleh TNB dikira berdasarkan satu peratus daripada jumlah bil tertunggak didarab dengan jumlah hari tunggakan yang kemudiannya dibahagi dengan 30 hari. Sumber:Laman Facebook Rasmi TNB Careline: https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/adakah-anda-menerima-maklumat-palsu-mengenai-surcaj-lewat-bayar-sebanyak-1-diken/805670058258224/ Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225510/tnb-nafi-maklumat-tular Beberapa isi tambahan berkenaan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia pada pukul 2:33 pagi hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 3.4° Selatan dan 131.0° Timur dengan kedalaman 50 km. 278km Selatan dari Sorong, Indonesia. Kata MET Malaysia lagi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Selepas kejadian tersebut berlaku satu kejadian gempa bumi sederhana di kawasan itu pada jam 4:37 pagi, di kedudukan 3.3° Selatan 130.9° Timur dengan kedalaman 274km Selatan dari Sorong, Indonesia. Juga, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation