trending_flat

Gempa bumi sederhana melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 1:49 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:49 petang, 22 Mei 2024Koordinat: 0.0° Utara 123.8° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.5Jarak: 91km Tenggara dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 90 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

AIR ASIA Sekat Kemasukan Khinzir, Patuh Peraturan Terkait Demam Babi Afrika

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu notis daripada syarikat penerbangan AirAsia berkenaan pengharaman membawa masuk daging babi dan hasilnya ke Malaysia. Ada warganet yang mengertikan sekatan tersebut sebagai bersifat perkauman dan mengaitkannya dengan elemen politik sehingga tercipta istilah ‘Madanistan’ sebagai satu lagi tanda konservatisme agama yang semakin meningkat di Malaysia. Hasil penelitian semakan oleh rakan JOMCHECK iaitu MalaysiaKini mendapati: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Larangan itu dibuat bagi membendung penularan wabak Demam Babi Afrika. Peraturan ini turut digunakan di pelbagai negara lain seluruh dunia. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/705413 Beberapa poin penting yang telah dikenalpasti adalah: a. Sekatan ini dilakukan bagi menjaga keselamatan biologi bagi melindungi jangkitan ke dalam negara yang diambil oleh pelbagai negara.b. Semua aktiviti membawa masuk makanan termasuk daging tertakluk kepada Warta Kerajaan bertajuk Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.c. […]

trending_flat

Pencemaran bahasa pada papan iklan membimbangkan

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain, Nur Afifah Abd Rahman Halawa Pencemaran bahasa pada papan iklan adalah fenomena yang menimbulkan ancaman besar terhadap integriti linguistik dan warisan budaya. Isu ini ditunjukkan melalui penggunaan bahasa yang tidak betul, termasuk kesalahan tatabahasa, kesilapan ejaan dan ungkapan slanga. Perkara ini akan memberi kesan kepada pendidikan bahasa dan identiti budaya. Kemunculan kosa kata baharu dalam pengiklanan seiring dengan perkembangan globalisasi telah mempercepat evolusi yang mengenepikan peraturan linguistik. Dari segi sejarah, papan iklan telah menjadi medium untuk menyampaikan mesej yang jelas dan ringkas kepada khalayak. Peralihan ke arah bahasa yang lebih sensasi dan menarik perhatian menjejaskan standard tatabahasa bahasa Melayu. Walaupun terdapat peraturan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan bahasa Melayu dengan tepat dan betul, namun peraturan ini seolah-olah dipandang sebelah mata. Kalaupun ada penguatkuasaan, tindakan itu hanyalah “bermusim”. Salah satu aspek pencemaran bahasa yang paling ketara […]

trending_flat

Mencari kepuasan kerja dalam Islam

Oleh: Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Pekerja merupakan aset bagi sesebuah organisasi. Baru-baru ini, Malaysia meraikan hari pekerja pada 1hb Mei. Tema hari pekerja pada tahun ini ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Pekerja pemangkin wadah Malaysia madani begitulah slogan hari pekerja pada tahun ini. Prof Madya Dr Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Kepuasan kerja merupakan terbitan hasil dari melakukan pekerjaan. Sebagai manusia, pekerja akan menilai pekerjaan mereka, sama ada mereka suka atau tidak seperti persekitaran pekerjaan, rakan sekerja, penyelia, tugasan dalam pekerjaan. Atau mereka berpuas hati ataupun tidak dengan hasil atau imbuhan yang mereka perolehi seperti gaji, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Terdapat banyak faktor penilaian mereka terhadap pekerjaan seperti sifat pekerjaan, penglibatan pekerja, gaji dan faedah, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja. Islam tidak mengenepikan kepuasan kerja. Perkara ini boleh dilihat dalam Surah Dhuha, ayat 5 yang bermaksud: […]

trending_flat

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah sesuatu yang kita semua alami, terutamanya di tempat kerja dewasa ini. Salah satu karakter yang semakin banyak ditemui dan sering menimbulkan cabaran unik di persekitaran kerja ini adalah narsisisme. Namun apakah sebenarnya narsisisme? Secara ringkasnya, menurut Gerald Corey di dalam bukunya yang sering dijadikan buku teks jurusan kaunseling, “Theory and Practice of Group Counseling,” narsisisme bermaksud sikap seseorang yang menganggap hanya mereka yang benar-benar penting, yang mahukan banyak pujian, dan yang tidak mengambil berat tentang perasaan orang lain. Individu yang mempunyai sifat narsistik sering memberi tumpuan kepada dirinya sendiri, dan sentiasa mencari perhatian dan validasi dari persekitaran sekelilingnya. Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Walaupun sikap narsisisme kadangkala boleh disalah anggap sebagai sikap seseorang yang mempunyai keyakinan atau motivasi diri yang tinggi, karakter ini sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang […]

trending_flat

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan lakaran fotofit seorang suspek di dalam kes simbah asid yang melibatkan pemain bola sepak Muhammad Faisal Abdul Halim. Suspek tersebut dianggarkan berumur 30 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, mempunyai saiz susuk badan sederhana dan warna kulitnya adalah sawo matang. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Insp. Jagachandran A/L Murugesen di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pdrm dalam mengesan suspek.

trending_flat

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi elah turun padang meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9,Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Tinjauan itu turut meliputi projek pembinaan Jejambat yang merentasi persimpangan Batu 9 Cheras tersebut. Ia bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan di samping aspek keselamatan di tempat kerja yang sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan semjua projek Kementerian. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pelaksanaan projek itu telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4, RMKe-11). Objektif utama projek adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak yang berlaku di jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat menghala ke Kuala Lumpur dan juga untuk meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat. Tender Terbuka digunakan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation