trending_flat

COVID-19 : KKM tingkatkan langkah kesiapsiagaan susulan peningkatan jumlah kes di Singapura

PUTRAJAYA, 19 Mei 2024 - Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 pada minggu bertarikh daripada 5 hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia. Menurut KKM, pada ME 20/2024 (12 Mei hingga 18 Mei 2024) sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024. Bagaimanapun tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini. "Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal sedikit meningkat tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08% kepada 0.10% manakala pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), menurun daripada 0.17% kepada 0.04% Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya. Terdapat satu (1) kes K.P.2.1 […]

trending_flat

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas tiga (3) buah premis yang merupakan rumah kediaman, salah satunya bersebelahan surau di Kampung Kubu Gajah, Sg. Buloh, Selangor kerana disyaki dijadikan stor tempat menyimpan pelbagai jenis pakaian tiruan pada 15 Mei 2024. Operasi yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya itu adalah hasil aduan yang diterima daripada pihak wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDN. Mengulas lanjut, dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata bahawa hasil maklumat awal yang diperolehi, kesemua rumah itu disyaki dijadikan stor untuk menyimpan kesemua pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi dan pasar malam sekitar Lembah Klang, Perak dan Pahang. […]

trending_flat

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya meraih anugerah bagi kategori Telekomunikasi untuk Sistem Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2024 yang berlangsung di Rotterdam, Belanda, baru-baru ini. Forum Dunia Geospatial 2024, yang berlangsung selama empat hari bermula sejak 13 Mei lalu, mengiktiraf dan meraikan kemajuan global dalam teknologi geospatial yang mengetengahkan penggunaan secara inovatif data berkaitan lokasi. "CIPM adalah satu aplikasi penyelesaian proses pengurusan permit yang dibangunkan oleh MCMC, yang memberi impak yang besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemain industri telekomunikasi. Sistem perintis ini menguruskan lebih 31,000 struktur komunikasi mudah alih di seluruh Malaysia dan kini giat digunakan oleh lebih 1,300 pengguna daripada 110 Pihak Berkuasa Tempatan dan penyedia kemudahan rangkaian. CIPM telah mentransformasikan industri telekomunikasi dengan menghapuskan ketidakcekapan, halangan birokrasi dan proses meluluskan permit secara konvensional […]

trending_flat

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa beliau sedang meneliti isu 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab. Kata Tiong dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, berdasarkan maklumat yang beliau terima, 300 jemaah haji yang pergi ke Makkah ini telah dimaklumkan bahawa pas pelancong yang mereka gunakan boleh ditukarkan kepada umrah atau haji. "Perkara ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab sama sekali! Sesetengah agensi pelancongan atau individu tertentu telah menyalahgunakan kepercayaan jemaah dengan memberikan maklumat yang tidak tepat. Tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tetapi juga meletakkan keselamatan dan kepentingan jemaah dalam risiko di Arab Saudi. Oleh itu, amat penting untuk semua pihak sentiasa berwaspada dan memastikan bahawa mereka hanya berurusan dengan […]

trending_flat

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak bernama yang merupakan kilang memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Klang, Selangor pada 16 Mei 2024. Menurut Ketua Pengarah JIM, Dato' Ruslin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 1.30 tengah hari itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Katanya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam berkaitan kilang yang disyaki beroperasi secara haram dan turut menggajikan warga asing dengan kemungkinan terdapatnya elemen eksploitasi pemerdagangan orang. "Operasi serbuan menggunakan pendekatan siasatan awal mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. Seramai 35 warganegara asing telah diperiksa dalam operasi ini dan hasil pemeriksaan JIM telah menahan seramai 33 warganegara asing terdiri daripada dua lelaki warganegara China, 27 lelaki warganegara Myanmar, dua lelaki […]

trending_flat

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan mampu mencetuskan idea-idea baharu. Tanpa kebebasan akademik juga, masyarakat di sekitar universiti tidak akan menerima manfaat hasil kewujudan universiti. Dr. Abdul Muqit Muhammad Namun, selama puluhan tahun, masyarakat universiti di Malaysia, khususnya ahli akademik dan mahasiswa telah dibungkam dalam era kegelapan pasca pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mula diperkenalkan pada tahun 1971. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa benarlah AUKU telah meninggalkan luka yang besar terhadap mahasiswa sehingga kesannya terlihat sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, wajarkah beban kesalahan tersebut diletakkan sepenuhnya kepada AUKU? Meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap AUKU yang menyebabkan kesuraman daya fikir mahasiswa ialah pandangan yang terlalu dangkal dan bermudahan. Sedangkan AUKU tidak pernah dan tidak mampu menghalang mahasiswa dari berfikir dan berwacana, namun sejauh manakah […]

trending_flat

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Guru sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi seorang guru yang berkesan bukan sekadar tentang menyampaikan fakta-fakta atau mengajar kemahiran akademik semata-mata. Lebih daripada itu, seorang guru yang berkualiti adalah mereka yang mempunyai sahsiah mulia. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Sahsiah mulia merangkumi keseluruhan watak dan nilai-nilai yang dimiliki oleh seorang guru. Ia meliputi aspek-aspek seperti kejujuran, kesabaran, empati, dedikasi, dan teladan yang baik. Guru yang mempunyai sahsiah mulia bukan sahaja memperkaya pengetahuan murid-murid mereka, tetapi juga membentuk karakter mereka untuk menjadi individu yang bermoral dan bertanggungjawab. Salah satu aspek terpenting dalam sahsiah mulia seorang guru adalah kejujuran. Guru yang jujur tidak hanya mengamalkan kejujuran dalam aspek akademik, tetapi juga dalam setiap interaksi dengan murid, ibu bapa dan rakan sekerja. Mereka menjadi contoh teladan bagi murid-murid dan membentuk budaya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation