trending_flat

Beli-belah dengan Yakin dan Penuh Bergaya di Jualan Fesyen Terbesar Shopee: 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun!

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 - Kepada semua pencinta fesyen! Bersiap sedia untuk memperbaharui pakaian anda kerana Shopee telah melancarkan tawaran fesyen terhangat tahun ini dengan 6.6 Jualan Fesyen Tengah Tahun, jualan fesyen terbesar yang pernah diadakan oleh Shopee! Berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun 2024, Shopee menjanjikan pengalaman fesyen yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen trendy, tawaran hebat, dan pengalaman membeli-belah lancar—semua di hujung jari anda. Tawaran Hebat & Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum Jom membeli-belah gaya terhangat tanpa risau! Sepanjang kempen, Shopee akan memberi baucar Penghantaran Percuma setiap hari supaya anda boleh mendapatkan trend terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan. Keperluan Fesyen RM1 dengan Tawaran Fesyen Super Seringgit! Kempen ini menawarkan Tawaran Fesyen Super Seringgit setiap hari. Tandakan kalendar anda kerana setiap hari pada pukul 12 tengah hari, anda boleh mendapatkan diskaun hebat untuk […]

trending_flat

CAFEO Kembali Ke Malaysia dengan Fokus kepada Transformasi Digital, Kejuruteraan Pintar dan Penyelesaian Hijau

PETALING JAYA, 31 MEI 2024 - Institusi Jurutera Malaysia (IEM) berbangga mengumumkan Malaysia sekali lagi bakal menjadi tuan rumah bagi acara berprestij Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 42) daripada 22 hingga 24 Oktober 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu. Tahun ini, CAFEO 42 dijangka menarik 200 pempamer dan 1,500 peserta persidangan dari serata rantau ASEAN. Pameran yang diperluaskan ini bakal menyediakan platform unik bagi syarikat, ahli inovasi dan penyelidik bagi mempamerkan teknologi, produk dan perkhidmatan terkini. Ia menjadi satu ruangan dinamik bagi membina rangkaian, kolaborasi dan penemuan penyelesaian baharu yang dapat memacu sektor kejuruteraan ke hadapan. CAFEO, satu acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara negara-negara ASEAN, menjadikannya satu acara utama di dalam kalendar kejuruteraan serantau. Persidangan ini menjadi platform penting dalam penukaran ilmu, inovasi dan kolaborasi di antara jurutera, penggubal dasar dan peneraju industri. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation