trending_flat

Jemputan Perkahwinan Guna Fail Apk Adalah Taktik Penggodaman

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pemerhatian JomCheck mendapati bahawa wujudnya satu tindakan meragukan di aplikasi WhatsApp iaitu dengan menghantar jemputan perkahwinan menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) yang perlu dimuat turun kononnya bagi mendapatkan maklumat jemputan tersebut. Semakan mendapati bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dan menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi APK. STATUS: BENARPENJELASAN: Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bahawa mesej jemputan perkahwinan berkenaan akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar selaku kenalan mangsa agar mangsa memuat turun fail APK tersebut supaya mereka memperolehi akses penuh kepada telefon mangsa. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-ramai-diminta-waspada-jangan-muat-turun-sebarang-apk-473327 Isi lain yang perlu diberi perhatian adalah: a. Fail APK yang diterima secara tidak sah melalui mesej atau e-mel mempunyai perisian hasad atau ‘malware’ […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana melanda Laut Sulu

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Laut Sulu  2:58 petang hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:58 petang, 11 Jun 2024Koordinat: 9.2° Utara 119.1° TimurLokasi: Laut SuluMagnitud: 5.1Jarak: 84km Tenggara dari Palawan, FilipinaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

“Mamak.. teh tarik satu, tapau” Komposisi ayat mudah yang menggabungkan bahasa kaum yang majmuk di Malaysia dan sering kita gunakan tanpa kekok di semua lapisan masyarakat, malah juga di kalangan anak-anak kecil. Mungkin ada yang melihat konteks penggunaan bahasa “rojak” ini sebagai rutin biasa, namun tanpa kita sedari semangat meraikan kepelbagaian kaum juga ini dapat kita lihat di dalam pergaulan seharian rakyat Malaysia, samada di peringkat persekolahan, ruang pekerjaan malah di dalam komuniti dan masyarakat. Bukanlah satu pemandangan luar biasa apabila  kita melihat interaksi antara pelbagai bangsa dan agama yang mesra di Malaysia ini, malah turut menjadi pujian pelancong luar negara yang datang ke sini. Semangat kepelbagaian ini adalah tunjang kepada perpaduan di Malaysia yang telah disemai sejak dahulu lagi dan melalui semangat ini jugalah yang telah mendorong Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation