trending_flat

Impak subsidi diesel bersasar kepada ekonomi masih terlalu awal untuk dilihat

Oleh: Dr. Safiah Omar Pelbagai reaksi diterima dari pelbagai pihak mengenai keputusan Kerajaan dalam menukar pelan subsidi diesel kepada sasaran pengguna yang layak. Ada pihak mengatakan perkara ini boleh menyebabkan kenaikan harga barang keperluan seperti komoditi di masa hadapan. Ada juga yang memberikan reaksi positif dengan memberi jangkaan pertambahan kemasukan pelaburan asing kerana penyasaran subsidi ini membuktikan komitmen negara dalam usaha membaik pulih keadaan ekonomi negara. Dr. Safiah Omar Namun perkara ini masih baru dan kesan kepada ekonomi negara masih lagi tidak dapat dilihat secara tepat. Pandangan dari sudut kitaran kewangan ekonomi sesebuah negara, faktor kenaikan ekonomi terhasil dari rantaian perbelanjaan dan pendapatan pengguna. Peningkatan transaksi perbelanjaan dan pendapatan ini pula bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi termasuk kadar cukai, faedah simpanan, keadaan permintaan dan kesediaan pasaran, dan ketersediaan pakej rangsangan perbelanjaan. Secara am, kadar perbelanjaan penduduk dalam negara bergantung kepada […]

trending_flat

UM santuni pelajar St Gabriel untuk berfikiran kreatif

Pemikiran kreatif adalah sebuah kemahiran yang penting bagi golongan remaja kerana ia meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, dan membolehkan mereka menangani apa jua cabaran dengan berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga membantu proses komunikasi, membina kesejahteraan emosi, dan turut memupuk pemikiran inovatif. Secara keseluruhannya, memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan remaja sebenarnya akan menyokong pertumbuhan peribadi, dan memperluas perspektif mereka terhadap kehidupan. Ini pastinya bakal melengkapkan mereka untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat pada masa hadapan. Pelajar SMK St Gabriel melaksanakan modul aktiviti yang disediakan oleh mahasiswa UM Atas kesedaran itu, sekumpulan 24 orang mahasiswa dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) telah meluangkan masa bersama 40 orang pelajar Tingkatan Dua SMK St Gabriel, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dr Asbah Razali Program yang dinamai “Sulam: An Prihatin” ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus bagi kursus teras […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation