trending_flat

Bank Muamalat Tawar Kemudahan Wakalah Zakat, Tampil Sebagai Alternatif Agihan Zakat

Dua Syarikat Lantik Bank Muamalat Urus Wakalah Zakat Berjumlah RM174,000 KUANTAN, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) kini menawarkan perkhidmatan pengurusan wakalah zakat kepada individu atau syarikat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Dua syarikat pertama iaitu KMF Network dan Muamalat Invest Sendirian Berhad masing-masing menyerahkan sejumlah RM150,000 dan RM24,000 kepada Bank Muamalat untuk diagihkan kepada penerima yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan. Bank Muamalat akan mengagihkan wakalah zakat sebanyak RM150,000 daripada KMF Network kepada usahawan mikro dan asnaf menerusi pembiayaan iTEKAD Bank Muamalat bagi membantu mereka menjana pendapatan yang mampan dan memperkukuh pengurusan kewangan. Manakala wakalah zakat berjumlah RM24,000 daripada Muamalat Invest Sendirian Berhad akan diagihkan kepada Yayasan UNITI bagi tujuan pembelian kaki palsu yang akan memanfaatkan golongan yang memerlukan.Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat berkata, “Inisiatif ini merupakan perkongsian pintar di antara Bank Muamalat […]

trending_flat

Pameran Projek Arkib: Mustapa Hj. Ibrahim Memperingati Seorang Seniman

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 – Balai Seni Negara mengadakan pameran “Projek Arkib: Mustapa Hj. Ibrahim” bermula 26 Jun 2024 hingga 21 Januari 2025 di Galeri Potret, Balai Seni Negara. Pameran arkib tu menghimpunkan koleksi nadir Mustapa Hj. Ibrahim yang telah didaftarkan sebagai koleksi seni visual negara seperti fotografi hitam putih dan warna, manuskrip puisi, cetakan sutera saring, catan serta dua buah arca. Pameran itu turut bertujuan untuk menyebar kesedaran ‘pendokumentasian’ dalam kalangan seniman-seniman muda untuk membangunkan arkib mereka sendiri sebagai kepentingan nilai sejarah seni di masa hadapan. Mustapa Hj. Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Bagan Datuk, Perak dan meninggal dunia pada 28 Mac 2024 di Selangor. Beliau adalah tokoh pelukis yang menjadi penggerak kepada penubuhan kumpulan seniman yang digelar ‘Anak Alam’ sekitar tahun 1970-an. Mustapa Hj. Ibrahim bukan sahaja seorang pelukis, malah beliau berbakat sebagai penyair, pelukis ilustrasi, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation