trending_flat

Inshirah yakin bidang perakaunan buka peluang kerjaya luas

“Saya percaya ilmu yang dimiliki seseorang adalah kunci yang membezakan tahap kejayaan kita dengan individu lain. Oleh itu, saya sentiasa menanamkan sifat bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan tidak kira di mana saya berada,” kata Nur Izzah Inshirah Azmi Nassaruddin memulakan perbualan. Gadis berusia 23 tahun yang lebih mesra dipanggil Inshirah ini merupakan mahasiswa tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor. Anak kedua daripada lima adik-beradik ini berasal dari Semenyih, Selangor dan kini sedang menjalani latihan praktikal di syarikat multinasional Deloitte. “Keputusan saya untuk menceburi bidang perakaunan adalah sesuatu yang tidak terancang sebenarnya. Membesar dalam keluarga di mana tiada siapa yang pernah menceburi bidang ini, saya sering mendapati diri saya keseorangan pada awalnya,” tambah Inshirah. Namun demikian, Inshirah bersyukur kerana ibu bapanya menyokong penuh cita-citanya dan sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam usahanya mengejar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation